Keunikan dialek Sungai Nenggiri, Kelantan : satu analisis structural

Riduan Makhtar, and Abdul Ganing Laengkang, (2018) Keunikan dialek Sungai Nenggiri, Kelantan : satu analisis structural. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 260-273. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Makalah ini memaparkan hasil penelitian terhadap dialek Kelantan tua yang dikenali sebagai dialek Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan (DSN). Objektif utama penulisan adalah mengenal pasti dan menghuraikan bentuk penyebaran segemental konsonan dan vokal yang terdapat di Sungai Nenggiri yang dikatakan menjadi penempatan asal bagi daerah Gua Musang, Kelantan suatu ketika dahulu. Justeru, kajian ini berfokus kepada aspek pendeskripsian fonem segmental yang mendasari sistem fonologi Sungai Nenggiri. Ianya meliputi pemaparan penyebaran bunyi konsonan dan vokal pada posisi awal, tengah, dan akhir kata. Pendekatan struktural dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah kajian lapangan huluan telah digunakan dalam memperoleh data asli di kawasan kajian. Informan kajian terdiri daripada tiga orang penduduk kampung Sungai Nenggiri (di kawasan Hulu Sungai Kelantan) yang merupakan penutur natif dialek Kelantan. Data dikumpulkan menerusi teknik temu bual, rakaman, dan pemerhatian. Hasil analisis yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa dialek Kelantan varian Sungai Nenggiri (DSN) mempunyai 18 konsonan dan 8 vokal. Perbezaan inventori segmen varian Sungai Nenggiri berbanding dengan varian dialek Kelantan di kawasan lain menyerlahkan varian ini boleh dikatakan sebagai dialek Kelantan tua yang mempunyai keunikann yang tidak terdapat pada dialek Kelantan di kawasan lain di negeri Kelantan.

Item Type:Article
Keywords:Varian; Dialek; Pendekatan struktural; Fonem; Konsonan; Vokal
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20731
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 06:52
Last Modified:13 Dec 2022 04:16

Repository Staff Only: item control page