Aplikasi skor-Z Altman dalam menganggar kesolvenan pengendali takaful di Malaysia

Noor Huzaidah Husin, and Rubayah Yakob, (2017) Aplikasi skor-Z Altman dalam menganggar kesolvenan pengendali takaful di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 50 . pp. 45-54. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
431kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1026

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengira tahap kesolvenan pengendali takaful di Malaysia dengan menggunakan Skor-Z Altman. Beberapa penganggar kesolvenan telah pun dibangunkan dan diguna pakai dalam industri, antaranya termasuk Margin Kesolvenan (Margin of Solvency [MOS]), Modal Berasaskan Risiko (Risk-Based Capital [RBC]), Keupayaan Membayar Tuntutan (Claim Paying Ability [CPA]) dan Penarafan CAMEL (CAMEL Rating). Masalah maklumat tidak simetri yang sememangnya wujud dalam industri insurans (takaful) sekaligus menyebabkan maklumat daripada pengukuran-pengukuran ini lebih bersifat tertutup. Akibatnya, pengguna dan pemegang polisi sendiri tidak maklum tentang tahap kesolvenan penanggung insurans dan pengendali takaful yang berada di pasaran bagi membantu membuat pilihan yang tepat untuk mendapatkan perlindungan. Kajian ini akan mengenal pasti tahap kesolvenan pengendali-pengendali takaful di Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang bermula dari tahun 2012-2014. Selain itu, pengendali takaful akan ditarafkan berdasarkan skor kesolvenan yang diperolehi. Skor kesolvenan dalam kajian ini berdasarkan kepada empat nisbah di bawah Skor-Z Altman (bukan pembuatan) iaitu nisbah kecairan, nisbah keuntungan, nisbah leveraj dan nisbah kesolvenan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ pada sekitar tahun 2012 dan 2013. Pada tahun 2014 pula, secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan ‘petanda buruk.’ Seterusnya penarafan dibuat berdasarkan keputusan skor yang diperolehi. Pada tahun 2012, AmFamily Takaful Bhd menduduki tempat yang teratas manakala Syarikat Takaful Malaysia Bhd menduduki tempat terbawah dalam kalangan pengendali takaful. Sementara itu, pada tahun 2013, pengendali takaful yang menduduki tempat teratas ialah Hong Leong MSIG Takaful Bhd manakala di tempat terbawah masih lagi Syarikat Takaful Malaysia Bhd. HSBC Amanah Takaful Sdn Bhd pula menduduki tempat pertama pada tahun 2014 manakala Takaful Ikhlas Sdn Bhd menduduki tempat yang terakhir. Secara keseluruhan, pengendali takaful yang berstatus asing lebih baik berbanding pengendali takaful tempatan. Hasil kajian diharapkan dapat memberi maklumat kepada pihak yang berkepentingan seperti masyarakat umum dan pengendali takaful tentang kebarangkalian kesolvenan yang dihadapi dan kedudukan setiap pengendali takaful berbanding dengan yang lain. Bagi masyarakat umum, skor kesolvenan yang diperoleh mungkin boleh dijadikan rujukan untuk memilih sesebuah pengendali takaful sebelum membuat keputusan pembelian. Manakala dari sudut industri takaful pula, pengendali takaful yang mempunyai skor kesolvenan dan penarafan yang baik boleh dijadikan rujukan sebagai amalan terbaik (best practised) pada yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Kesolvenan; Takaful; Skor-Z Altman; Insurans
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20753
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2022 07:32
Last Modified:14 Dec 2022 07:47

Repository Staff Only: item control page