Impak kepercayaan dan kesetiaan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) terhadap risiko kecairan

Nurul Ain Mohd Pauzi, and Aisyah Abdul-Rahman, and Shifa Mohd Nor, (2017) Impak kepercayaan dan kesetiaan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) terhadap risiko kecairan. Jurnal Pengurusan, 50 . pp. 55-69. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1026

Abstract

Kebelakangan ini, Lembaga Tabung Haji (TH) telah terpalit dengan pelbagai tohmahan yang telah menyebabkan reputasi TH dipertikaikan. Hal ini telah mendapat reaksi daripada pendeposit sehingga menyebabkan kepercayaan dan kesetiaan pendeposit tergugat dan mereka mula mengeluarkan simpanan. Kajian ini bertujuan melihat faktor penentu kepercayaan dan kesetiaan dan melihat sama ada faktor kepercayaan dan kesetiaan bertindak sebagai faktor penengah (mediating factor) kepada risiko kecairan TH. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan tujuan (purposive sampling) dan sebanyak 200 orang responden menjawab soal selidik secara atas talian dan secara langsung. Analisis menggunakan teknik PLS-SEM mendapati kepercayaan bertindak sebagai faktor penengah hubungan antara maklumat kewangan, jaminan deposit, kualiti perkhidmatan dan imej dengan risiko kecairan. Selain itu, kesetiaan bertindak sebagai faktor penengah hubungan antara kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, dan imej dengan risiko kecairan. Oleh itu, ketelusan tadbir urus korporat perlu dititikberatkan untuk memperbaiki segala aspek yang sepatutnya dan dalam masa yang sama mengembalikan semula kepercayaan dan kesetiaan para pendeposit. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pengurusan TH terutamanya dan kerajaan umumnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengurus risiko kecairan bagi mengekalkan kedudukan TH sebagai institusi kewangan Islam yang kukuh pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Kepercayaan; Kesetiaan; Risiko kecairan; Tabung Haji
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20754
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2022 07:40
Last Modified:14 Dec 2022 07:48

Repository Staff Only: item control page