Istana Kenangan : meneroka integrasi warisan budaya Melayu dan konservasi menerusi pendekatan suaiguna semula

Daeng Haliza Daeng Jamal, and Zuliskandar Ramli, and Mastor Surat, (2017) Istana Kenangan : meneroka integrasi warisan budaya Melayu dan konservasi menerusi pendekatan suaiguna semula. Jurnal Arkeologi Malaysia, 30 (2). pp. 1-10. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
392kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan integrasi antara warisan budaya Melayu dengan konservasi pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Kaedah yang digunakan dalam memastikan bangunan bersejarah terus terpelihara ialah pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah bukan sahaja berpotensi dalam memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan bersejarah malah berpotensi menonjolkan integrasi antara usaha konservasi dengan warisan budaya masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan dan soal selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada komuniti setempat. Soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) 16.0. Statistik deskriptif yang digunakan pula ialah kekerapan dan peratusan. Bangunan bersejarah yang diteliti pula adalah bangunan bersejarah daripada senarai Daftar Warisan Kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kategori kecuali tugu, rumah ibadat dan rumah kedai. Bangunan bersejarah yang diteliti dalam kajian ini ialah Istana Kenangan di Kuala Kangsar, Perak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat integrasi antara konservasi dan warisan budaya Melayu dalam Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak menerusi pendekatan suaiguna semula. Didapati juga, melalui pendekatan suaiguna semula ini Istana Kenangan berjaya menonjolkan estetika warisan senibina, ketinggian teknologi pertukangan Melayu berserta falsafahnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh responden yang terlibat dalam kajian ini menerusi soal selidik yang diedarkan.

Item Type:Article
Keywords:Konservasi; Warisan budaya; Integrasi; Suaiguna semula; Istana Kenangan dan kesedaran komuniti
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:20770
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Dec 2022 03:39
Last Modified:15 Dec 2022 06:55

Repository Staff Only: item control page