Muhamad Shafiq Mohd Ali, and Zuliskandar Ramli, (2017) Analisis komposisi bahan bata purba di Candi Serut B (TLJ I). Jurnal Arkeologi Malaysia, 30 (2). pp. 21-28. ISSN 0128-0732
|
PDF
459kB |
Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...
Abstract
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan samada bata kuno yang terdapat di Candi Serut B menggunakan bahan mentah daripada sumber tempatan atau tidak. Bahan binaan utama yang digunakan dalam pembinaan candi ini adalah bata daripada tanah liat yang dibakar. Analisis saintifik menggunakan kaedah sinar-X berpendarflour (XRF) dan pembelauan sinar-X (XRD) boleh menentukan kandungan kimia yang terdapat dalam bata, iaitu kandungan mineral dan unsur utama serta unsur surih di dalam sampel bata. Hasil analisis mendapati kandungan mineral yang terdapat dalam sampel bata Candi Serut B adalah kuartza, kristabolite, anorthoclase, andesine, anorthite, hematite, labradorite, spinel, tealite, arsenopyrite, mullite dan juga cordierite. Perbandingan antara kandungan unsur surih dan unsur utama antara sampel bata dengan sampel lempung yang terdapat di sekitar kawasan percandian Batujaya menunjukkan terdapatnya pertindihan antara dua sampel. Ini menunjukkan bata yang digunakan dalam pembinaan Candi Serut B menggunakan tanah liat yang terdapat di sekitar kompleks percandian. Penggunaan bahan mentah tempatan menunjukkan kearifan penduduk tempatan dalam menghasilkan bata bagi membangunkan Candi Serut B.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Candi Serut B; Kampung Gunteng; Sinar-X berpendarflour (XRF); Pembelauan sinar-X (XRD) |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 20772 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Dec 2022 04:12 |
Last Modified: | 15 Dec 2022 06:57 |
Repository Staff Only: item control page