Hamid Muhammad Isa, and Mokhtar Saidin, (2017) Rumah tradisi Temiar dan hubungannya yang simbiosis dengan persekitaran. Jurnal Arkeologi Malaysia, 30 (2). pp. 29-38. ISSN 0128-0732
|
PDF
780kB |
Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...
Abstract
Makalah ini akan membincangkan sejauhmana adaptasi dan persekitaran alam memberi pengaruh terhadap ciri sosiobudaya dan corak penempatan sesuatu masyarakat. Perbincangan adalah berdasarkan kepada kajian etnografi yang telah dijalankan di beberapa tapak penempatan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Hulu Kelantan, Hulu Kinta dan Sungai Siput, Perak (Rajah 1). Masyarakat Temiar di kawasan kajian beradaptasi dengan persekitaran hutan dan tanah tinggi dengan ketinggian maksima sehingga 4306 meter dari paras laut. Corak persekitaran sebegini menawarkan tanah yang subur dan kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna selain berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak adaptasi di persekitaran hutan hujan tropika memiliki hubungan yang simbiotik dengan corak rumah tradisional mereka. Selain itu akan turut dibincangkan fungsi ruang dalam rekabentuk rumah mereka. Kajian juga mendapati bahawa masyarakat ini sedang berdepan dengan cabaran untuk melestarikan rumah tradisional apabila berlakunya perubahan dalam persekitaran. Pada masa ini, secara perlahan-lahan telah berlaku perubahan dalam corak penempatan, namun sebahagian mereka terutama di pendalaman masih mengekalkan rumah tradisional tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Rumah tradisi; Temiar; Simbiosis; Persekitaran |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 20773 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Dec 2022 04:18 |
Last Modified: | 15 Dec 2022 06:57 |
Repository Staff Only: item control page