Jeffrey Abdullah, and Mokhtar Saidin, and Peter Molijol, (2017) Kajian kebudayaan Paleolitik di Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia, 30 (2). pp. 39-52. ISSN 0128-0732
|
PDF
925kB |
Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...
Abstract
Kajian Arkeologi di Sabah hanya bermula sekitar 1960-an, dan diterajui oleh Tom dan Barbara Harrison. Walau bagaimanapun, kajian mereka hanya bersifat tinjauan awal dan ekskavasi. Hasil tinjauan tersebut telah membawa kepada penemuan rangka awal prasejarah yang dikatakan dapat dipertarikhan pada 40,000 Sebelum Masihi. Oleh itu, zaman Paleolitik di Sabah pada awalnya dikatakan bermula agak lewat dan tidak berdasarkan kepada pentarikhan mutlak. Pada tahun 1980-an, Peter Bellwood daripada Universiti National Australia (ANU) telah menjalankan kajian arkeologi yang lebih sistematik dan saintifik di Lembah Tingkayu dan pentarikhan radiokarbon telah digunakan dalam kajian ini. Susulan daripada pentarikhan mutlak tersebut, maka buat pertama kalinya, kronologi budaya di Lembah Tingkayu dapat dibina. Zaman Paleolitik di Lembah Tingkayu dikatakan bermula sekitar 28,000 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan bahawa kemungkinan Zaman Paleolitik di Sabah bermula jauh lebih awal lagi. Hal ini adalah berdasarkan kepada kajian di Lembah Mansuli yang telah memberikan pentarikhan mutlak dengan kaedah pandar kilauan rangsangan optik iaitu 235,000 tahun dahulu. Kajian arkeologi di Sabah juga telah menunjukkan bahawa selain di timur Sabah, bahagian pedalaman sebelah barat Sabah turut memiliki tapak terbuka Paleolitik. Tapak ini berusia sekitar 53,000 hingga 44,000 tahun dahulu berdasarkan kepada pentarikhan pandar kilauan rangsangan optik. Ini menunjukkan bahawa bahagian barat dan pendalaman Sabah lebih lewat diduduki oleh masyarakat Paleolitik berbanding dengan di timur Sabah. Selain itu, di bahagian utara Sabah juga turut ditemui tapak terbuka Paleolitik. Kedua-dua tapak ini dikatakan merupakan bengkel pembuatan alat batu. Penyelidikan arkeologi di Sabah juga turut menunjukkan bahawa material batuan untuk penghasilan alat batu juga berbeza mengikut kawasan. Di pedalaman Sabah, batuan kuarzit telah digunakan sebagai sumber material batuan, sementara batuan rijang pula telah digunakan di bahagian utara dan timur Sabah. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik di Sabah mengetahui jenis material batuan yang sesuai untuk dijadikan alat batu yang terdapat di persekitarannya. Keberadaan sumber bahan asas batuan ini juga berkemungkinan menjadi salah satu faktor sesuatu kawasan tersebut diduduki oleh masyarakat Paleolitik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Paleolitik; Pentarikhan radiokarbon |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 20774 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Dec 2022 06:51 |
Last Modified: | 15 Dec 2022 06:58 |
Repository Staff Only: item control page