MFI Mohd-Nor, and Sahrul Darman, and Hamzah Z., and MM Tahir, and A.I. Che-Ani, (2017) Penggunaan perisian grafik berkomputer dikalangan pelajar senibina di UKM. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 10 (1). pp. 36-43. ISSN 1985-6881
|
PDF
647kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/4...
Abstract
Hari ini, penggunaan perisian grafik digital telah menjadi satu keperluan asas bagi bidang kreatif, termasuk seni bina. Teknologi digital yang dahulunya digunakan sebagai alatan elektronik untuk tujuan lakaran yang menggantikan pen dan pensel di masa lalu telah berkembang dengan pesat menjadi teknologi yang lebih holistik yang menawarkan keupayaan baru termasuk pengeditan imej berdefinisi tinggi, pemodelan dan simulasi tenaga dan sistem kerjasama secara langsung. Sehubungan dengan perkembangan teknologi digital dalam industri, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah selama bertahun-tahun membekalkan industri dengan tenaga kerja yang mahir dan mampu menerapkan teknologi tersebut. Walau bagaimanapun, IPT perlu memastikan bahawa mereka tidak ketinggalan dari arus terkini industri dan memastikan graduan mereka dilengkapi dengan kemahiran terbaru, khususnya dalam aplikasi teknologi digital. Makalah ini bertujuan untuk meneroka persepsi pelajar mengenai pengajaran perisian grafik digital dalam program Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Instrumen utama yang digunakan oleh pasukan penyelidik untuk mengumpul data primer adalah dengan kaedah tinjauan, yang dijalankan pada 31 pelajar tahun akhir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perisian grafik digital; Building information modelling (BIM); Pendidikan seni bina |
Journal: | Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built |
ID Code: | 20781 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Dec 2022 08:02 |
Last Modified: | 15 Dec 2022 07:04 |
Repository Staff Only: item control page