Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Fatimah Wati Halim, and Amalina Ibrahim, (2022) Analisis pengesahan faktor tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 23-38. ISSN 0126-5008
|
PDF
822kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466
Abstract
Peranan tingkahlaku kewargaan organisasi pada masa kini adalah sangat penting bagi memastikan organisasi dapat berkembang dengan baik dan cemerlang, terutamanya dalam kalangan guru sekolah. Sehubungan itu, kajian tinjauan telah dijalankan untuk menentukan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) bagi skala tingkahlaku kewargaan organisasi. Kajian ini telah dijalankan ke atas seramai 361 orang guru sekolah di Selangor. Responden kajian dipilih dengan menggunakan Teknik persampelan rawak berkelompok pelbagai peringkat. Tingkahlaku kewargaan organisasi di dalam kajian ini terdiri daripada lima dimensi iaitu tingkahlaku menolong, kehematan, kesopanan, kemurnian sivik dan semangat setiakawan. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan CFA di dalam perisian AMOS. Dapatan menunjukkan CFA bagi tingkahlaku kewargaan organisasi tidak mencapai kesepadanan model yang baik. Oleh itu, model CFA spesifikasi semula bagi tingkahlaku kewargaan organisasi dilaksanakan. Keputusan akhir menunjukkan model CFA spesifikasi semula telah mencapai kesepadanan model yang baik dengan relatif chi-sq = 2.83, GFI = 0.91, CFI = 0.95, TLI = 0.94 dan RMSEA = 0.07. Selain itu, kriteria model CFA turut dicapai dengan jumlah keseluruhan Purata Varian Memusat (AVE) ialah 0.62, dan AVE bagi setiap dimensi tingkahlaku kewargaan organisasi adalah di antara 0.55 dan 0.73. Kebolehpercayaan konstruk (CR) telah dicapai dengan nilai 0.96, dan setiap dimensi menunjukkan CR di antara 0.79 dan 0.92. Kesimpulannya, skala tingkahlaku kewargaan organisasi adalah sesuai digunakan untuk mengukur tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor. Kajian akan datang dicadangkan untuk menggunakan skala ini kepada pelbagai organisasi di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis pengesahan faktor; Tingkahlaku kewargaan organisasi; Guru sekolah; Kebolehpercayaan konstruk; Kesepadanan model |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 20783 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Dec 2022 06:56 |
Last Modified: | 19 Dec 2022 08:37 |
Repository Staff Only: item control page