Efikasi keusahawanan dan impaknya terhadap penciptaan perniagaan dalam pendidikan keusahawanan di universiti awam

Nor Shafira Norhisham, and Sheerad Sahid, (2022) Efikasi keusahawanan dan impaknya terhadap penciptaan perniagaan dalam pendidikan keusahawanan di universiti awam. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 81-90. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
560kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Kejayaan seorang usahawan banyak bergantung kepada kesediaan daripada segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta kekuatan dalaman, iaitu emosi, keyakinan dan efikasi kendiri. Kurang keyakinan diri adalah salah satu punca kurangnya penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan.Justeru, kajian ini bertujuan menentukan tahap dan impak efikasi keusahawanan terhadap penciptaan perniagaan dalam kalangan pelajar universiti awam. Kajian ini mengadaptasi kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel terdiri daripada 282 orang pelajaruniversiti awam yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Kaedah analisis data dibahagikan dua bahagian, iaituanalisis deskriptif untuk menentukan skor atau tahap efikasi keusahawanan dan penciptaan perniagaan. Kaedah analisis kedua adalah pemodelan persamaan berstruktur atau SEM untuk menguji kesan efikasi keusahawanan terhadap penciptaan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi efikasi keusahawanan serta penciptaan perniagaan kedua-duanya pada tahap tinggi. Manakala pengujian model berstruktur menunjukkan efikasi keusahawanan mempunyai hubungan dan kesan yang signifikan terhadap penciptaan perniagaan. Bermakna semakin tinggi efikasi keusahawanan pelajar, semakin tinggi kemungkinan pelajar mencipta perniagaan selepas bergraduasi. Kajian ini diharap menyumbang kepada penjanaan idea, program, serta aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Efikasi keusahawanan; Penciptaan perniagaan; Pendidikan keusahawanan; Keyakinan diri; Pelajar universiti awam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20787
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Dec 2022 07:36
Last Modified:19 Dec 2022 08:41

Repository Staff Only: item control page