Ruang kemanusiaan NGO dalam persekitaran aman di Malaysia

Atika Shafinaz Nazri, (2022) Ruang kemanusiaan NGO dalam persekitaran aman di Malaysia. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 101-115. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Ruang kemanusiaan merupakan salah satu konsep dalam bidang ilmu hubungan antarabangsa. Konotasi ruang kemanusiaan merujuk kepada keupayaan pekerja kemanusiaan menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan di persekitaran operasi. Namun, konsep ini dilihat hanya dibincangkan dan diberi tumpuan dalam persekitaran yang mempunyai konflik peperangan seperti di Syria, Yaman dan Gaza kerana di sana terdapat pelbagai ancaman daripada pengganas, tentera atau pemerintah negara itu sendiri yang membantutkan aktiviti pengedaran bantuan NGO kepada mangsa terjejas. Kajian ini mempunyai dua matlamat iaitu untuk mengenal pasti bagaimana tindak balas kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara aman dalam memberi ruang kemanusiaan kepada NGO bagi membantu pelarian di Malaysia dan adakah konsep ini relevan untuk diperbahaskan di dalam persekitaran aman? Pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual bersama lapan orang informan terpilih yang terlibat secara langsung dalam isu pelarian di Malaysia dan pemerhatian turut serta bersama aktiviti kemanusiaan telah diaplikasikan bagi mengumpul data primer kajian. Dapatan kajian menunjukkan NGO mempunyai ruang yang optimis untuk beroperasi dan menjalankan aktiviti membantu pelarian kerana tidak wujud sebarang halangan daripada kerajaan Malaysia. Sebaliknya, dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai bentuk kolaborasi di antara NGO dan kerajaan di dalam projek khusus memperkasakan bantuan dalam kalangan pelarian. Kajian ini juga mendapati walaupun ruang kemanusiaan selalu dipolemikkan di dalam senario konflik peperangan, namun konsep ini masih relevan untuk dibahas dan diaplikasi di dalam situasi geopolitik yang tidak mempunyai konflik seperti di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bantuan kemanusiaan; Kerajaan Malaysia; NGO; Pelarian; Ruang kemanusiaan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20789
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Dec 2022 07:49
Last Modified:19 Dec 2022 08:45

Repository Staff Only: item control page