Penglibatan wanita Melayu dalam memperkasa sosioekonomi dan kesejahteraan hidup menerusi penanaman padi di Terengganu pada awal abad 20

Norazilawati Abd Wahab, and Ruzaini Sulaiman, and Arba’iyah Mohd Noor, and Mohd Firdaus Abdullah, (2022) Penglibatan wanita Melayu dalam memperkasa sosioekonomi dan kesejahteraan hidup menerusi penanaman padi di Terengganu pada awal abad 20. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 117-131. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Dasawarsa ini, banyak kajian berkaitan green imperialisme masih lagi terikat dengan kepentingan terhadap sektor ekonomi di Tanah Melayu. Malah stereotaip ini telah membuatkan penyelidikan sejarah berkaitan tema yang dinyatakan tidak dinamik dan masih terikat dengan naratif lapuk yang ketinggalan zaman. Malah penyelidikan berkaitan penglibatan wanita dalam aktiviti penanaman padi yang boleh dianalisis melalui kesan sosioekonomi yang merujuk kepada aspek kesejahteraan hidup masih kurang mendapat perhatian oleh para pengkaji. Sebelum ini, banyak kajian memfokuskan tentang isu kekeluargaan, domestik, pengaruh, adat dan agama atau lebih jelas sebagai female-friendly sahaja. Jarang sekali dikaji bentuk perubahan sosioekonomi dan faktor pendorong yang dialami oleh wanita Melayu walaupun mereka hanya memfokuskan kegiatan penanaman padi sebagai sumber ekonomi utama. Maka dengan itu, penyelidikan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kegiatan penanaman padi memberi perubahan terhadap sosioekonomi dalam kalangan wanita Melayu di Terengganu pada awal abad ke-20. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia seperti CO 840/1 (Terengganu Administration Report, 1910-1930), CO 840/2 (Terengganu Administration Report 1931-1940), Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Fail British Adviser Terengganu. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal, buku, bab buku dan majalah bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Hasil kajian membuktikan bahawa, melalui kegiatan penanaman padi yang dijalankan oleh wanita Melayu di Terengganu pada awal abad ke-20, ia memberi perubahan sosioekonomi terhadap golongan wanita di Terengganu. Hal ini dapat dilihat melalui aspek kesejahteraan hidup yang diperoleh oleh mereka melalui perolehan pendapatan, pemilikan tanah, peningkatan taraf kesihatan dan lain-lain lagi.

Item Type:Article
Keywords:Padi; Kesejahteraan hidup; Terengganu; Wanita Melayu; Tanah Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20790
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Dec 2022 07:59
Last Modified:19 Dec 2022 08:46

Repository Staff Only: item control page