Amalan strategi mendengar dan bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar

Azman Che Mat, and Ahmad Zulfadhli Nokman, and Nor Shaifura Musilehat, and Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, and Zalinawati Abdullah, (2022) Amalan strategi mendengar dan bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 133-148. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
601kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti usaha yang dilakukan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran lisan sebagai satu kemahiran yang sangat penting dalam pemerolehan bahasa sebagai alat komunikasi. Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran lisan masih menjadi persoalan pokok dalam pembelajaran bahasa Arab secara khasnya. Hal ini diyakini berkait rapat dengan cara pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Dalam kemahiran lisan terdapat dua strategi yang diperincikan untuk memastikan kemahiran lisan diperolehi, iaitu strategi mendengar dan strategi bertutur. Kedua-dua strategi ini sangat berkait rapat untuk memperolehi kemahiran lisan dalam pembelajaran bahasa. Sikap pelajar terhadap strategi ini sangat penting untuk menentukan mereka mencapai kemahiran lisan yang sewajarnya. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul dan menjalankan analisis data. Instrumen soal selidik juga diadaptasi daripada Cohen dan Oxfords (2002) yang tertumpu kepada startegi mendengar (4 konstruk) dan bertutur (5 konstruk). Bagi mengukur sikap pula, tiga komponen sikap dinilai iaitu kognitif, afektif dan konatif (8 item). Seramai 314 peserta kajian yang terlibat dalam menjawab maklum balas soal selidik yang diedarkan sendiri oleh pengkaji. Data yang dikutip kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.9. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden mengamalkan strategi mendengar dan strategi bertutur untuk memperolehi kemahiran lisan. Namun begitu dari aspek hubungan sikap mereka terhadap strategi mendengar adalah lebih rendah (4.983) berbanding dengan strategi bertutur (7.700). Implikasi kajian ini menunjukkan perlunya kemahiran mendengar ditingkatkan dalam kalangan pelajar bahasa Arab. Hal ini boleh dicapai dengan melaksanakan sesi mendengar secara kerap dan penyediaan bahan-bahan yang bersesuai dengan tahap pelajar dan silibus pembelajaran yang tersedia.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran; Lisan; Pembelajaran; Strategi; Sikap
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20791
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Dec 2022 08:08
Last Modified:19 Dec 2022 08:47

Repository Staff Only: item control page