Pendekatan Sejarah lokal dan kepentingannya dalam pensejarahan Malaysia

Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif, (2022) Pendekatan Sejarah lokal dan kepentingannya dalam pensejarahan Malaysia. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 199-209. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Peralihan minat sejarah dari aspek politik kepada aspek sosial dan ekonomi telah membawa perkembangan kepada pelbagai pendekatan dalam penulisan sejarah. Salah satu daripadanya adalah pendekatan sejarah lokal. Namun, masih terdapat dalam kalangan ahli sejarah yang masih ragu-ragu dan memandang rendah pendekatan ini dalam penulisan sejarah. Pendekatan ini dianggap bersifat antiquarian, terdiri daripada lambakan fakta-fakta yang tidak penting, tiada kronologi serta mengabaikan teori dan kaedah penulisan sejarah. Bahkan kajian sejarah yang menggunakan pendekatan ini dikatakan tidak mempunyai kepentingan kepada naratif sejarah kebangsaan sesebuah negara. Maka, artikel ini bertujuan menafikan pandangan tersebut dan membuktikan bahawa pendekatan sejarah lokal ini sebenarnya mementingkan idea dan pemikiran sejarah. Ringkasnya, pendekatan sejarah lokal amat penting dalam melengkapkan naratif sejarah negara dengan menumpukan kajian kepada aspek dan kawasan yang sebelum ini dianggap tidak penting kepada historiografi negara. Bahkan, pendekatan ini juga sebenarnya, mampu menyumbang kepada penemuan baharu dalam historiografinegara. Misalnya, penemuan kajian berkaitan penghijrahan orang Melayu ke Kerian, Perak telah membuktikan sumbangan penting masyarakat Melayu dalam ekonomi semasa pentadbiran British selain turut menafikan hujahan pentadbir British berkenaan sifat Melayu yang dikatakan malas sebagai natijah ketinggalan mereka dalam aspek ekonomi semasa penjajahan. Kajian ini juga berjaya membuktikan bahawa penghijrahan dalaman orang Melayu turut memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan Kerian sebagai sebuah daerah penanaman padi yang utama, bukan hanya di Perak tetapi juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah lokal; Pensejarahan; Sejarah kebangsaan; Sejarah sosial; Sejarah ekonomi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20797
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 01:25
Last Modified:19 Dec 2022 08:51

Repository Staff Only: item control page