Kekeliruan tanaman hemp dan marijuana dalam Taima Torishimari Hou 1948 di Jepun

Maszeli Mohammad Wee, and Asmadi Hassan, and Alias Abdullah, (2022) Kekeliruan tanaman hemp dan marijuana dalam Taima Torishimari Hou 1948 di Jepun. AKADEMIKA, 92 (3). pp. 225-236. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Artikel ini bertujuan adalah untuk memperjelaskan kekeliruan berkenaan tanaman hemp yang disamakan dengan marijuana dalam dasar perundangan di Jepun. Kekeliruan ini menyebabkan hemp dihadkan penggunaan dan pengeluarannya di Jepun seperti ditetapkan dalam Taima Torishimari Hou (Akta Kawalan Kanabis) tahun 1948. Secara khususnya, terdapat banyak perbezaan antara tanaman hemp dan marijuana walaupun kedua-duanya datang daripada keluarga kanabis yang sama. Beberapa aspek kekeliruan dalam tanaman hemp dibincangkan iaitu dari segi sejarah dan kebudayaan dalam masyarakat Jepun, kekeliruan dalam keluarga kanabis dari segi botani dan anotomi pokok secara ringkas, perbezaan bahan kimia dalam tanaman hemp dan marijuana serta dari segi pengistilahan dalam bahasa Jepun yang berbeza dan memberi makna berbeza. Ini kerana terdapat peraturan yang ketat kepada petani yang menanam hemp untuk menghasilkan serat oleh kerajaan Jepun dimana kerajaan Jepun menyangkakan bahawa tanaman hemp sama bahaya dengan marijuana yang dikategorikan sebagai dadah. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen sumber primer dan sekunder untuk menjelaskan kekeliruan dan cabaran tanaman hemp di Jepun. Kajian ini mendapati bahawa kekeliruan yang wujud menyebabkan Jepun terlepas peluang besar untuk mengkomersialkan tanaman ini dan seterusnya kehilangan berpotensi besar dalam ekonomi. Sehubungan itu pada masa sekarang terdapat NGO-NGO yang berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang penggunaan tanaman hemp disamping mendesak pihak kerajaan supaya melegalisasikan tanaman ini sepenuhnya tanpa sebarang dikriminasi kepada petani.

Item Type:Article
Keywords:Kekeliruan; Tanaman hemp; Marijuana; Taima Torishimari Hou 1948; Japan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20799
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 01:52
Last Modified:19 Dec 2022 08:59

Repository Staff Only: item control page