Persediaan dan perancangan pengajaran guru Pendidikan Islam menyepadukan Ilmu Sains dan al-Quran

Ab. Halim Tamuri, and Zetty Nurzuliana Rashed, (2022) Persediaan dan perancangan pengajaran guru Pendidikan Islam menyepadukan Ilmu Sains dan al-Quran. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 3-13. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Perancangan pengajaran bermaksud pemahaman guru tentang apa yang harus disampaikan dan proses pengajaran perlu dilaksanakan adalah berasaskan kepada kesesuaian pelajar dan keperluan isi kandungan bidang tersebut. Kajian ini bertujuan meneroka tentang aspek perlaksanaan persediaan dan perancangan guru pendidikan Islam (GPI) menyepadukan ilmu sains dan Al Quran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian in melibatkan seramai empat GPI yang mengajar di maahad tahfiz sains yang melaksanakan kurikulum integrasi aliran tahfiz sains. Pemilihan empat peserta yang ditemubual kajian ini menggunakan teknik purposive sampling. Kajian ini menggunakan perisian program Atlas t.i 7.5.7 untuk menganalisa setiap dapatan yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga tema utama berdasarkan perspektif berdasarkan maklum balas keempat-empat peserta kajian. Pertama adalah merancang pengajaran dan sub tema Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan, kedua adalah tema penyediaan bahan bantu mengajar dan sub tema adalah bahan teknologi maklumat dan komunikasi, ketiga adalah tema perbincangan dan subtemanya adalah rakan-rakan. Oleh yang demikian, guru perlu merancang dan membuat persediaan pengajaran yang dapat membangun kesedaran, kefahaman dan keyakinan pelajar-pelajar yang Allah s.w.t adalah satu-satu-Nya Tuhan Pencipta yang wajib disembah. Perancangan pengajaran hendaklah disusun dengan lebih teratur terutamanya dalam aspek perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan perbincangan dengan rakan guru agar memberikan kesan yang maksimum kepada tahap pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Perancangan; Persediaan; Integrasi; Al-Quran; Sains
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20801
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 04:06
Last Modified:20 Dec 2022 08:45

Repository Staff Only: item control page