Penerokaan terhadap penguasaan bahasa kedua murid Orang Asli Temiar : suatu etnografi kajian kes

Nor Azwahanum Nor Shaid, and Shahidi A. Hamid, and Marlyna Maros, and Nur Ainil Sulaiman, (2022) Penerokaan terhadap penguasaan bahasa kedua murid Orang Asli Temiar : suatu etnografi kajian kes. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 15-29. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
380kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Komuniti Orang Asli merupakan antara kumpulan minoriti yang mempunyai masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua. Pencapaian yang lemah dan kurangnya kajian terhadap murid Orang Asli pada peringkat sekolah menengah mendorong kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan BM murid Orang Asli Temiar. Selain itu, cabaran dalam proses penguasaan BM sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Orang Asli Temiar turut diteliti untuk memberi pemahaman yang lebih holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan etnografi kajian kessebagai reka bentuk kajian. Seramai 13 orang peserta kajian telah dipilih secara persampelan bertujuan dalam penyelidikan ini yang terdiri daripada lapan orang murid Orang Asli dari suku kaum Temiar, dua orang guru dan tiga orang wakil ibu bapa. Data dikumpulkan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan nota lapangan untuk memperoleh gambaran mendalam mengenai fenomena yang dikaji. Kajian ini dijalankan di sekolah berasrama menengah Orang Asli tunggal di Malaysia yang terletak di Sungai Siput, Perak. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan untuk pembentukan tema dan subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid Orang Asli Temiar melalui aktiviti perkembangan bahasa yang boleh digolongkan kepada pembelajaran secara sedar dan pemerolehan secara semulajadi. Usaha untuk membudayakan penggunaan bahasa Melayu didapati terpengaruh dengancabaran-cabaran yang telah dikenal pastidalam proses penguasaan bahasa kedua mereka. Oleh itu, kajian ini memberi pemahaman baharu berkenaan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan murid Orang Asli dan seterusnya memberi implikasi kepada penambahbaikkan dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran BM sebagai bahasa kedua khususnya dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Orang Asli; Penguasaan bahasa kedua; Etnografi kajian kes; Penerokaan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20802
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 04:16
Last Modified:20 Dec 2022 08:46

Repository Staff Only: item control page