Kepimpinan maya guru besar dan kesediaan guru terhadap perubahan di sekolah program TS25

Abdul Razak Kasim, and Bity Salwana Alias, and Rosafizah Mohamed Idrus, (2022) Kepimpinan maya guru besar dan kesediaan guru terhadap perubahan di sekolah program TS25. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 45-58. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
305kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Perkembangan teknologi semasa dan perubahan iklim kerja pasca pandemik Covid 19 menjadikan kepimpinan maya semakin relevan dan penting. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan kepimpinan maya guru besar, tahap kesediaan guru terhadap perubahan, menguji hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah serta menentukan tahap kepimpinan maya dan kesediaan guru terhadap perubahan berdasarkan faktor demografi. Kajian tinjauan ini melibatkan 303 sampel guru daripada 1100 populasi. Analisis deskriptif yang memberikan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus adalah untuk menentukan tahap pemboleh ubah manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi Pearson, ujian t serta anova satu hala dibuat untuk menguji hubungan dan perbezaan antara pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan tahap amalan kepimpinan maya guru besar (min = 3.97, sisihan piwai = 0.73) dan tahap kesediaan guru terhadap perubahan (min = 3.98, sisihan piawai = 0.60) adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap amalan kepimpinan maya dengan tahap kesediaan guru terhadap perubahan (r = 0.65). Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan kepimpinan maya guru besar berdasarkan faktor jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor umur. Seterusnya dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan guru terhadap perubahan berdasarkan faktor jantina dan tempoh perkhidmatan. Antara implikasi kajian ialah latihan kepimpinan perlu mempunyai komponen kepimpinan maya, manakala untuk kajian akan datang dicadangkan agar kaedah kualitatif digunakan untuk memperjelaskan lagi faktor-faktor dalam kepimpinan maya yang boleh meningkatkan kesediaan guru untuk melakukan perubahan di samping melibatkan sampel yang lebih menyeluruh.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan maya; Guru besar; Kesediaan terhadap perubahan; Guru; Program TS25
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20804
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 06:05
Last Modified:20 Dec 2022 09:04

Repository Staff Only: item control page