Kualiti peribadi kaunselor kaunseling keluarga : implikasi pendidikan di institut pengajian tinggi

Norhayati Mohd Noor, and Akabariah Mohd Mahdzir, and Aidah Abdul Karim, (2022) Kualiti peribadi kaunselor kaunseling keluarga : implikasi pendidikan di institut pengajian tinggi. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 59-70. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
335kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Kualiti peribadi kaunselor kanseling keluarga adalah elemen yang penting dalam penawaran perkhidmatan kaunseling keluarga secara profesional kepada masyakat. Maka pendidikan yang ditawarkan di peringkat IPT turut memberikan kesan kepada pembentukan kualiti peribadi kaunselor kaunseling keluarga. Artikel ini bertujuan meneroka kualiti peribadi kaunselor yang diperlukan di dalam menjalankan proses kaunseling keluarga. Kajian pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Meneroka pandangan dan pengalaman 12 orang kaunselor yang menjalankan kaunseling keluarga di tiga agensi kerajaan yang sedia ada menawarkan perkhidmatan kaunseling keluarga kepada masyarkat di Malaysia. Kaedah temu bual mendalam dengan menggunakan soalan separa struktur sebanyak 2 hingga 3 pusingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 10 personaliti yang membentuk kualiti peribadi kaunselor iaitu i. Kesediaan belajar, ii. Motivasi tinggi, iii. Genuine, iv. Keyakinan dan keterampilan diri, v. Proaktif, vi. Humanistik vii. Sedia membantu, viii. Jalinan Hubungan Kerja, ix. Jalinan hubungan sosial dan x. Minat. Maka kesepuluh trait kualiti peribadi ini telah menunjukkan kaunselorkaunseling keluarga telah dapat menjalankan tugas secara profesional dan berwibawa kepada keluarga (klien) di dalam proses kaunseling keluarga. Justeru itu pendidikan di IPT di peringkat ijazah pertama dan peringkat sarjana sewajarnya mengambilkira pembinaan dan pembentukan elemen kualiti peribadi. Latihan berterusan peningkatan kualiti peribadi sewajarnya turut dijalankan kepada kaunselor yang sedia ada di agensi kerajaan agarperkhidmatan kaunseling keluarga dapat dilestarikan.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan; Latihan; Kaunseling keluarga; Kaunselor; Institut pengajian tinggi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20805
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 06:15
Last Modified:20 Dec 2022 09:05

Repository Staff Only: item control page