Faridah Mydin Kutty, (2022) Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dalam meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru : perspektif guru siswazah. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 121-136. ISSN 0126-5008
|
PDF
355kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466
Abstract
Pembudayaan penyelidikan di sekolah serta pembangunan kompetensi guru sebagai penyelidik mula mendapat perhatian di peringkat global. Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dilihat berpotensi dalam membangunkan kemahiran saintifik yang berupaya membantu para guru memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan PdP di sekolah. Namun, kajian yang meneroka kesan pengalaman mempelajari dan menjalankan penyelidikan ke atas pembangunan kendiri dan amalan profesionalisme guru dalam konteks Malaysia masih terhad. Oleh itu kajian kualitatif berbentuk penerokaan ini bertujuan meneroka persepsi guru yang mengikuti program pengajian sarjana pendidikan, khususnya pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperolehi ke atas kompetensi kendiri dan amalan professional. Sejumlah 21 peserta kajian yang terdiri daripada guru yang telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana pendidikan telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah temubual separa berstruktur secara atas talian melalui aplikasi zoom. Data telah dianalisis secara tematik. Hasil kajian membuktikan pendidikan sarjana memberikan kesan ke atas pembangunan kompetensi kendiri guru dari aspek pemerkasaan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan, pengetahuan dalam bidang, kematangan berfikir, serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri. Manakala kesan ke atas amalan profesionalisme guru boleh dilihat dari aspek pembudayaan penyelidikan, kemahiran refleksi dan amalan pembelajaran berterusan. Justeru, tren amalan pembelajaran berterusan yang positif dalam kalangan guru perlu digalakan kerana ia membantu secara tidak langsung dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Berdasarkan impak ini dicadangkan universiti sentiasa mengemaskini kandungan program yang ditawarkan agar selari dengan keperluan semasa sektor pendidikan sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran; Penyelidikan; Sarjana pendidikan; Guru; Profesionalisme |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 20810 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Dec 2022 07:03 |
Last Modified: | 20 Dec 2022 09:11 |
Repository Staff Only: item control page