Keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan tingkatan 4

Chitra Devi Raja Krishnan, and Radin Siti Aishah Radin A Rahman, and Norasmah Othman, (2022) Keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan tingkatan 4. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 163-178. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Mata pelajaran perniagaan sering mendapat peratus lulus yang rendah jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Justeru untuk meningkatkan pencapaian ini, maka pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan guru antaranya pendekatan berasaskan konstruktivisme. Pendekatan ini menjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif dan interaktif, seterusnya menarik minat murid untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Oleh itu, wujud keperluan untuk membina modul komik perniagaan walaupun keberkesanannya masih belum pasti. Justeru, kajian telah dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti keberkesanan modul komik bagi mata pelajaran Perniagaan tingkatan 4. Reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan bersama teknik persampelan bertujuan ke atas 60 murid tingkatan 4 dengan mengambil kira agihan tidak seimbang walaupun ciri-ciri murid adalah sama. Instrumen kajian pula melibatkan soal selidik dan ujian penilaian. Analisis diskriptif digunakan bagi menjana nilai tahap modul komik perniagaan, sementara analisis inferensi pula bagi mendapatkan perbezaan keberkesanan komik antara dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan berada pada tahap tinggi bagi konstruk isi kandungan, interaksi, kepentingan dan aktiviti pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan, terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pasca. Implikasi kajian membuktikan bahawa teori konstruktivisme relevan digunakan ke atas murid tingkatan 4 bagi meningkatkan pencapaian mereka mata pelajaran Perniagaan menerusi keberkesanan modul komik.

Item Type:Article
Keywords:Modul komik mata pelajaran perniagaan; Keberkesanan; Teori konstruktivisme; Kuasi eksperimen; Murid tingkatan 4
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20813
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 07:31
Last Modified:20 Dec 2022 09:13

Repository Staff Only: item control page