Tan, Lean Chuen and Roslinda Rosli, and Muhamad Sofwan Mahmu, and Lilia Halim, (2022) Persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan teknologi pedagogikal isi kandungan semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 179-193. ISSN 0126-5008
|
PDF
448kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah memberi cabaran terhadap pedagogi guru matematik sepanjang penularan COVID-19. Pelaksanaan PdPR memerlukan guru matematik untuk mengaplikasikan teknologi, pedagogi dan kandungan berpandukan kepada kerangka Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandungan (PTPIK). Namun begitu, kajian tentang PTPIK guru matematik dalam konteks PdPR adalah masih baharu dan perlu dikaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi guru matematik berkaitan PTPK semasa pelaksanaan PdPR. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan persepsi guru matematik berkaitan PTPK semasa PdPR berdasarkan jantina dan peringkat persekolahan yang diajar. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 210 orang responden yang dipilih melalui pensampelan kuota dari daerah Kulai, Johor yang telah menjawab instrumen soal selidik PTPIK secara dalam talian. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian-t tak bersandar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap persepsi guru matematik terhadap PTPK adalah tinggi bagi domain pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi manakala persepsi bagi domain pengetahuan teknologi pula pada aras sederhana. Hasil kajian gagal menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru matematik terhadap PTPK matematik berdasarkan jantina atau peringkat persekolahan yang diajar. Guru matematik didapati masih belum mencapai kompetensi yang sepenuhnya dari segi pengetahuan teknologi. Lantaran itu, sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan bagi membantu guru matematik bagi mendalami pengetahuan teknologi terkini dari semasa ke semasa bagi pengajaran matematik yang lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | PdPR; Tinjauan; PTPIK; COVID-19; Matematik |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 20814 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Dec 2022 07:44 |
Last Modified: | 20 Dec 2022 09:14 |
Repository Staff Only: item control page