Kesan pendidikan keusahawanan ke atas set minda keusahawanan : pengaruh pengantara faktor kognitif

Aida Syamimi Anuar, and Sheerad Sahid, (2022) Kesan pendidikan keusahawanan ke atas set minda keusahawanan : pengaruh pengantara faktor kognitif. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 195-207. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
284kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Ekonomi dunia kini menggalakkan agar golongan muda memasuki alam kerjaya bukan sahaja dengan memperolehi segulung ijazah tetapi juga dengan mempunyai kemahiran dan sikap keusahawanan yang boleh membantu mereka dalam dunia pekerjaan dan industri. Hal ini kerana bukan mudah graduan yang mempunyai segulung ijazah untuk memperolehi tawaran kerjaya atau berpeluang mendapatkan pekerjaan yang menepati dengan bidang pengajian mereka. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kesan pendidikan keusahawanan ke atas set minda keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini turut menguji kesan perantara faktor kognitif dalam hubungan antara pendidikan keusahawanan dengan set minda keusahawanan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kaedah tinjauan menerusi pengedaran soal selidik kepada responden. Sampel kajian adalah seramai 300 orang pelajar universiti awam di Lembah Klang dan dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian dengan menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan kesan langsung yang signifikan antara pendidikan keusahawanan dengan set minda keusahawanan. Dapatan juga menunjukkan faktor kognitif mempunyai kesan perantara dalam hubungan antara pendidikan keusahawanan dengan set minda keusahawanan. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada beberapa pihak dalam pelaksanaan program pendidikan keusahawanan untuk meningkatkan set minda keusahawanan dalam diri pelajar bagi membantu mereka menghadapi dunia pekerjaan dan industri selepas bergelar graduan. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang dan memberikan impak positif kepada pelbagai pihak.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan keusahawanan; Set minda keusahawanan; Faktor kognitif; Pendidikan tinggi; Pencipta kerja
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20815
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 07:52
Last Modified:20 Dec 2022 09:15

Repository Staff Only: item control page