Indikator perubahan dalam pelaksanaan program transformasi daerah : proses pemerkasaan pejabat pendidikan daerah sebagai organisasi pembelajaran

Mohd Izham Mohd Hamzah, and Nurul Sahadila Abd Rani, (2022) Indikator perubahan dalam pelaksanaan program transformasi daerah : proses pemerkasaan pejabat pendidikan daerah sebagai organisasi pembelajaran. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 209-223. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466

Abstract

Program Transformasi Daerah atau District Transformation Programme (DTP) di bawah Anjakan ke-6 bertujuan untuk mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap indikator perubahan di PPD, mengkaji hubungan dan sumbangan antara proses pemerkasaan, organisasi pembelajaran dengan indikator pengurusan perubahan di PPD. Seramai 93 orang Ketua Pegawai Pendidikan Daerah dipilih dari seluruh Malaysia. Teknik pensampelan kelompok dan pensampelan rawak strata digunakan bagi menentukan responden kajian. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa indikator pengurusan perubahan di PPD di Malaysia berada pada tahap sangat tinggi di mana kedua-dua komponen iaitu aktiviti (Min = 4.68) dan hasilan (Min = 4.60) berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa indikator bagi komponen aktiviti dilaksanakan dengan baik bagi membolehkan indikator komponen hasilan berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif kuat antara ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji iaitu proses pemerkasaan, organisasi pembelajaran dan indikator perubahan. Analisis regresi mendapati terdapat sumbangan faktor proses pemerkasaan kepada organisasi pembelajaran dan indikator perubahan, serta sumbangan faktor organisasi pembelajaran kepada indikator perubahan. Dapatan analisis berganda menunjukkan bahawa daripada lima prinsip tersebut, hanya dua prinsip yang iaitu sistem berfikir dan penguasaan peribadi didapati memberi sumbangan terhadap implementasi indikator pengurusan perubahan di PPD. Implikasinya, dapat dijadikan rujukan kepada PPD dalam memantau perubahan dalam Program Transformasi Daerah yang dilaksanakan berada dalam landasan yang betul melalui indikator perubahan ini. Kesimpulannya, kajian ini memberikan nilai tambah terhadap pelaksanaan Program DTP dalam memperkasakan PPD sebagai organisasi pembelajaran.

Item Type:Article
Keywords:Indikator perubahan; Organisasi pembelajaran; Pemerkasaan Pejabat Pendidikan Daerah; Program Transformasi Daerah; Pegawai Pendidikan Daerah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:20816
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Dec 2022 08:00
Last Modified:20 Dec 2022 09:16

Repository Staff Only: item control page