Pengaruh ideologi estetik media ‘The Malayan Emergency (2010)’ dalam isu komunis dan keselamatan negara

Loh, Yoke Ling and Mohd. Nor Shahizan Ali, and Normah Mustaffa, and Yong, Ching Fei (2018) Pengaruh ideologi estetik media ‘The Malayan Emergency (2010)’ dalam isu komunis dan keselamatan negara. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (4). pp. 25-35. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
472kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1122

Abstract

Filem dokumentari yang bersifat merepresentasikan ‘realiti’ merupakan salah satu medium media yang berkreadibiliti tinggi memberi laluan yang lebih mudah bagi golongan dominan dalam menyalurkan ideologi mereka kepada golongan khalayak sasarannya. Filem dokumentari memainkan peranan yang penting sebagai alat pemerintahan kolonial dan kawalan sosial dalam sesebuah masyarakat demi kestabilan dan keselamatan negara. Teknik penerbitan merupakan salah satu faktor yang penting dalam menghasilkan filem dokumentari propaganda supaya filem dokumentari yang dihasilkan mendapat sokongan rakyat dalam menghapuskan ancaman rakyat. Perkembangan teknologi yang pesat telah mendorong kepada peningkatan terhadap penggunaan visual yang lebih berkesan untuk mengkonstruk makna supaya ia mencapai ideologi yang ingin disampaikan kepada khalayak sasaran terutamanya dalam filem dokumentari. Lima bidang asas estetik media dalam video dan filem iaitu pencahayaan atau warna, ruang dua dimensi, ruang tiga dimensi, masa dan pergerakan serta bunyi digunakan dalam filem dokumentari mengkonstrukkan makna ataupun ideologi yang memihak kepada golongan tertentu. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengkaji bagaimana ideologi filem dokumentari The Malayan Emergency (2010) dikonstrukkan dengan menggunakan lima bidang asas estetik media. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan lima bidang estetik media adalah bertujuan untuk menambahkan kesan dramatik, realistik, menimbulkan emosi, dan situasi tegang dalam filem dokumentari ini. Video telah digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman terhadap keselamatan negara, namun video seperti filem dokumentari juga merupakan satu sentaja yang tidak kurang hebatnya dalam menghapuskan ancaman terhadap keselamatan negara. Idelogi-ideologi yang tersulam dalam estetik media seharusnya digunakan dalam penerbitan filem dokumentari terutamanya filem dokumentari sejarah supaya ia dapat mengbangkit semangat patriotik demi menjaga kestabilan dan keselamatan negara.

Item Type:Article
Keywords:Dokumentari; Estetik media; Ideologi; Komunis; Keselamatan; Teknologi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20819
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 00:55
Last Modified:22 Dec 2022 00:56

Repository Staff Only: item control page