Teori permainan dan aplikasi strategi kuasa untuk memikat pengundi dalam PRU 14

Muhd Afiq Syazwan Ahmdon, and Haslina Muhamad, and Noor Sulastry Yurni Ahmad, and Filzah Md Isa, (2018) Teori permainan dan aplikasi strategi kuasa untuk memikat pengundi dalam PRU 14. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (4). pp. 49-63. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
710kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1122

Abstract

Kuasa politik yang stabil boleh membantu sebuah kerajaan yang sah untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan keharmonian social sesebuah negara. Manakala kuasa politik yang terumbang ambing membawa kepada ketidakstabilan ekonomi yang menjadikan kuasa yang dimiliki pudar dan hilang hingga mengakibatkan peralihan kuasa secara demokrasi mahupun secara kekerasan. Kajian ini bertujuan untuk memahami kuasa politik yang digunakan serta permainan politik oleh parti politik utama di Malaysia, BN dan PR/PH. Kaedah analisis teori permainan digunakan untuk menjelaskan strategi politik yang dipilih oleh BN dan PR/PH. Hasil analisis mendapati kuasa politik yang digunakan oleh BN adalah kuasa keras dan pintar manakala PR/PH menggunakan kuasa lembut yang berteraskan persepsi berbanding BN yang menggunakan paksaan menerusi kuasa yang dimiliki. Kesimpulannya, berdasarkan analisis Teori Permainan, BN menggunakan teori permainan dengan gabungan kuasa keras dan pintar manakala PR/PH pula menggunakan teori permainan yang menggabungkan kuasa lembut dan pintar dalam dua PRU yang lepas. Perincian kajian dinyatakan dalam artikel kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Kuasa politik; Kuasa pintar; Kuasa lembut; Kuasa keras; Permainan; Pilihanraya
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20821
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 01:11
Last Modified:22 Dec 2022 01:00

Repository Staff Only: item control page