Muhammad Jeffery Hizwan Said, (2018) Persepsi mahasiswa Open University Malaysia (OUM) terhadap konflik politik Palestin-Israel. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (4). pp. 64-77. ISSN 1823-884x
|
PDF
615kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1122
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji persepsi mahasiswa Open University Malaysia (OUM) terhadap konflik politik Palestin-Israel. Ini adalah kerana kepekaan seseorang mahasiswa terhadap isu semasa mampu melatih mereka menjadi suara pencerah dalam masyarakat. Bagi tujuan kajian ini, terdapat tiga aspek utama kajian iaitu; tahap pengetahuan, pandangan/pendirian, dan hubungan antara tahap pengetahuan dan pandangan/pendirian mahasiswa OUM terhadap konflik politik Palestin-Israel. Ketiga-tiga aspek ini membentuk kepada objektif utama kajian iaitu untuk mengukur persepsi mahasiswa terhadap konflik politik Palestin-Israel. Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik atas talian SurveyMonkey. Seramai 108 orang pelajar OUM terlibat menjadi responden bagi mewakili populasi kajian. Responden-responden ini dipilih secara rawak yang dijemput dari forum atas talian myINSPIRE OUM, dan juga email dalaman OUM. Teknik persampelan yang digunakan ialah teknik persampelan bola-salji untuk mendapatkan saiz sampel yang secukupnya. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan kaedah statistik inferensi. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan dan pandangan/pendirian mahasiswa OUM terhadap konflik Palestin-Israel adalah tinggi. Rata-rata responden mempunyai pengetahuan yang baik terhadap isu tersebut. Hasil ujian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan pandangan/pendirian. Semakin tinggi tahap pengetahuan mahasiswa terhadap konflik politik Palestin-Israel, semakin baik pandangan/pendirian mereka terhadap isu tersebut. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa persepsi mahasiswa OUM terhadap konflik politik Palestin-Israel berada di tahap yang positif. Oleh yang demikian, sebagai pewaris pemimpin negara, mahasiswa harus ke hadapan dalam mencerahkan konflik politik Palestin-Israel kepada masyarakat supaya isu tersebut dapat difahami dengan jelas dan tepat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mahasiswa; OUM; Palestin-Israel; Persepsi; Konflik |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20822 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Dec 2022 01:23 |
Last Modified: | 22 Dec 2022 00:59 |
Repository Staff Only: item control page