Md Faridz Ismail, and Ismi Arif Ismail, and Haslinda Abdullah, and Soaib Asimiran, (2018) Hubungan intim profesional di tempat kerja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (4). pp. 78-92. ISSN 1823-884x
|
PDF
304kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1122
Abstract
Keintiman profesional wujud dari kepentingan intelektual bersama, amanah, kejayaan bersama di tempat kerja dan perasaan rasa dihargai. Hubungan intim profesional berbeza daripada hubungan peribadi dan rakan sekerja di mana hubungan ini melibatkan kedalaman ikatan emosional dan penzahiran diri dalam kehidupan di mana ia berlaku. Belum banyak kajian tentang hubungan intim profesional di tempat kerja. Namun kajian lampau secara umumnya telah membuktikan bahawa hubungan intim memberi kesan yang positif kepada kedua-dua pihak yang terlibat dan ianya sudah pasti turut memberi kesan yang positif kepada kumpulan atau organisasi yang diwakili. Secara umumnya individu yang terlibat dalam hubungan intim akan memberi dorongan, saling membantu, bekerjasama, amanah dan meningkatkan hubungan ke arah perkembangan yang produktif. Kajian ini merupakan kertas konseptual yang melihat hubungan intim profesional di tempat kerja sebagai satu mekanisme yang dapat memberi kesan yang positif kepada organisasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hubungan intim; Profesional; Di tempat kerja; Kesan positif; Organisasi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20823 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Dec 2022 02:52 |
Last Modified: | 22 Dec 2022 00:57 |
Repository Staff Only: item control page