Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia

Salina Nen, and Khairul Azmi Ibrahim, (2018) Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (4). pp. 93-103. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1122

Abstract

Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling di universiti tidak digunakan oleh pelajar secara optimum kerana faktor-faktor seperti stigma, masalah akses dan juga merasakan kaunseling sebagai tidak perlu. Ini menyebabkan pelajar hilang manfaat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan kaunseling di universiti. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneroka faktor-faktor yang menjadi halangan dan dorongan pelajar daripada mendapatkan perkhidmatan kaunseling di universiti. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dan soalan temubual separa berstruktur sebagai kaedah bagi meneroka pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di universiti. Skop soalan berkisar tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling bagi pelajar, faktor mendorong dan penghalang dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling professional, dan sumber rujukan utama pelajar sekiranya menghadapi masalah. Sejumlah 10 orang pelajar ijazah sarjana muda terlibat sebagai informan kajian ini. Secara spesifik, seramai 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan, dari pelbagai fakulti dan tahap pengajian terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi kemudian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa informan mengetahui tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling. Antara kebaikan yang dilaporkan ialah kaunseling membolehkan pelajar mendapat bantuan kaunselor yang berkelayakan dan sebagai medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan. Walaubagaimanapun, faktor-faktor penghalang iaitu stigma dan skeptisme mendominasi pandangan informan, sekaligus menyebabkan informan enggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Selain itu, didapati bahawa informan juga lebih bergantung dan mempercayai sokongan sosial iaitu keluarga dan rakan-rakan sebagai sumber rujukan utama apabila menghadapi masalah berbanding memilih kaunselor. Dapatan data ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendidik pelajar tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling dalam membantu mengatasi masalah personal dan untuk kesejahteraan mental jangka masa yang panjang.

Item Type:Article
Keywords:Kaunseling; Bantuan kaunseling; Kaunselor; Perkhidmatan kaunseling; Stigma
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20824
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 02:59
Last Modified:22 Dec 2022 01:01

Repository Staff Only: item control page