Perspektif minoriti Kristian terhadap peranan institusi dan sosio-politik dalam ketidaktoleransian agama

Benny Thomas Vivian, and Sivapalan Selvadurai, and Azmi Aziz, (2018) Perspektif minoriti Kristian terhadap peranan institusi dan sosio-politik dalam ketidaktoleransian agama. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 1-19. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
537kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142

Abstract

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia hubungan harmoni antara agama amat penting mengekalkan kewujudan bersama. Kumpulan minoriti agama Kristian mempunyai sejarah mendalam dengan majoriti Muslim di negara ini. Walaupun umumnya mengetahui toleransi antara majoriti Muslim dengan minoriti Kristian adalah baik, namun realitinya ketidaktoleransian terhadap kumpulan minoriti agama Kristian juga berlaku. Kajian ini adalah untuk mendalami perspektif minoriti Kristian tentang ketidaktoleransian dalam isu-isu agama yang melibatkan hubungan antara minoriti Kristian dan majoriti Islam. Objektif kajian ini dibahagi kepada dua: pertamanya untuk mengetahui bentuk-bentuk ketidaktoleransian agama yang dialami oleh minoriti Kristian dan keduanya untuk meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi ketidaktoleransian agama terhadap golongan minoriti Kristian. Konsep ketidaktoleransian agama dalam artikel ini membawa maksud terdapat pengecutan ruang, sekatan dan penganiayaan terhadap kumpulan minoriti dalam mengamalkan agama mereka. Artikel ini menggunakan primer yang dikumpulkan daripada pendokumentasian iaitu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak organisasi gereja, dan sumber kedua untuk menyokong sumber utama ini diperolehi daripada sumber media di internet. Sumber-sumber dokumen ini dianalisis menggunakan analisis kandungan yang kemudiannya dipadankan dengan tema jenis-jenis dan faktor-faktor ketidaktoleransian agama yang dikenalpasti daripada ulasan literatur. Kajian mendapati, bentuk-bentuk ketidaktoleransian yang dialami oleh minoriti Kristian dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu berbentuk fizikal dan bukan fizikal. Faktor yang mendorong kepada ketidaktoleransian agama adalah pelbagai tetapi didominasi oleh faktor institusi agama yang diidentifikasikan dengan kuasa pemerintah. Gabungan pemerintah dan institusi agama membentuk satu legitimasi kuasa yang kuat untuk munjustifikasikan tindakan ketidaktoleransian agama terhadap kumpulan minoriti. Kajian masa depan perlu melihat kepada faktor yang membawa perubahan kepada institusi agama majoriti menjadi lebih eksklusif daripada inklusif dalam masyarakat plural di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Minoriti Kristian; Institusi; Bentuk ketidaktoleransian agama; Faktor ketidaktoleransian agama
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20828
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 04:35
Last Modified:21 Dec 2022 04:34

Repository Staff Only: item control page