Ahmad Dzulfahmi Muhamad, and Kamaruzaman Yusoff, (2018) Pemikiran Hassan al-Banna dan orientasi politik Ikhwan Muslimin terhadap isu permasalahan Palestin, 1931-1949. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 20-32. ISSN 1823-884x
|
PDF
386kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142
Abstract
Isu permasalahan Palestin bermula dengan Perjanjian Sykes-Picot yang ditandatangani pada Mei 1916 yang telah meletakkan Palestin dibawah penguasaan British. Kesan daripada perjanjian ini telah membuka pintu penghijrahan bangsa Yahudi besar-besaran dari seluruh dunia ke Palestin. Kemelut yang berlaku ini telah menyebabkan gerakan politik yang berteraskan Islam iaitu Ikhwan Muslimin (IM) Mesir telah melibatkan diri dalam permasalahan ini. Sehubungan itu, makalah ini akan membincangkan mengenai pengaruh pemikiran Hassan al-Banna dalam pembentukan orientasi politik IM mengenai isu ini dari tahun 1931 sehingga tahun 1949. Dengan menggunakan pendekatan sejarah, analisis perbincangan adalah berdasarkan kepada penggunaan sumber primer terutama dokumen British dan di samping itu juga menggunakan sumber sekunder yang lain untuk menyokong perbincangan makalah ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh pemikiran al-Banna merupakan faktor utama yang mendorong kepada orientasi politik IM dalam isu permasalahan Palestin. Penyertaan IM dalam isu Palestin ini bermula dengan menghantar surat bantahan, menganjurkan kutipan dana, mengadakan persidangan mengenai Palestin, demonstrasi dan menyertai Perang Palestin pada 1948 dalam usaha untuk membantu membebaskan Palestin dari pendudukan Israel.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Permasalahan palestin; Pemikiran hassan al-banna; Ikhwan muslimin; Politik |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20829 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Dec 2022 06:07 |
Last Modified: | 21 Dec 2022 04:52 |
Repository Staff Only: item control page