Pesara dan dorongan berniaga selepas bersara : minat atau keperluan?

Muhamad Khairul Ismail, and Suresh Kumar N Vellymalay, (2018) Pesara dan dorongan berniaga selepas bersara : minat atau keperluan? e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 33-47. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142

Abstract

Bekerja sendiri menjadi semakin penting dewasa ini memandangkan ramai pesara melibatkan diri dalam bekerja sendiri selepas bersara. Untuk memahami dorongan pesara untuk bekerja sendiri selepas bersara, kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor yang mempengaruhi pesara untuk melibatkan diri dalam aktiviti berniaga di Pasar Besar Sena, Kangar, Perlis. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana perniagaan yang dijalankan oleh pesara membantu meningkatkan pendapatan mereka bagi menjamin kehidupan selepas persaraan. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang pesara yang telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Temu bual berbantukan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada pesara yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan kewangan untuk menyara keluarga merupakan faktor utama yang mendorong majoriti pesara untuk berniaga di Pasar Besar Sena. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa berniaga di Pasar Besar Sena turut meningkatkan pendapatan kebanyakan pesara sekaligus dapat membantu mereka untuk membuat simpanan bagi menjamin kehidupan.

Item Type:Article
Keywords:Pesara; Bekerja sendiri; Perniagaan; Pendapatan; Simpanan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20830
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 06:14
Last Modified:21 Dec 2022 04:53

Repository Staff Only: item control page