Kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi

Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, and Maizatul Haizan Mahbob, and Abdul Latiff Ahmad, (2018) Kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 107-116. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi. Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan juga tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu tersebut. Selain itu, komunikasi juga merupakan proses dua hala yang mana kedua-dua belah pihak harus memberi respons terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan. Tanpa disedari sebenarnya, komunikasi non verbal menjadi pelengkap kepada komunikasi verbal. Komunikasi non verbal ini merupakan satu bentuk mesej yang penting kerana boleh menafsir emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kecemerlangan sesebuah organisasi adalah berhubungkait dengan keberkesanan proses komunikasi. Kajian lepas membincangkan komunikasi non verbal dari sudut tingkah laku, sikap dan hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja. Kajian di dalam organisasi sangat sedikit. Oleh yang demikikian, komunikasi non verbal dalam organisasi seharusnya diberi lebih penekanan kerana ia sangat penting dalam memastikan pekerja lebih memahami konsep sebenar komunikasi non verbal agar mesej tidak disalah tafsir.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi organisasi; Komunikasi verbal; Komunikasi non-verbal; Tingkah laku; Motivasi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20834
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 06:50
Last Modified:21 Dec 2022 04:57

Repository Staff Only: item control page