Self regulation sebagai mekanisme mengawal salah laku membabitkan penyokong bola sepak di Malaysia

Nur Hafizah Yusoff, and P. Sundramoorthy, (2018) Self regulation sebagai mekanisme mengawal salah laku membabitkan penyokong bola sepak di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 117-127. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142

Abstract

Isu berkaitan salah laku dalam kalangan penyokong bolasepak di Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Hampir setiap musim, terdapat insiden salah laku membabitkan penyokong bola sepak dari pelbagai pasukan. Antara salahlaku yang sering dilakukan adalah bersifat verbal dan fizikal. Pihak FAM telah menjatuhkan denda dan hukuman bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit bahkan turut menghukum pasukan bermain dalam keadaan stadium kosong dan bermain di stadium berkecuali. Namun demikian, para penyokong masih berterusan melakukan pelbagai kesalahan yang tidak sepatutnya. Objektif artikel ini adalah ingin membincangkan mengenai peranan ‘self regulation’ sebagai satu mekanism untuk mengawal salah laku dalam kalangan penyokong bola sepak. Kajian ini bersifat kuantitatif dan seramai 600 orang responden terdiri daripada penyokong bolasepak daripada pasukan negeri Kelantan, Johor, Perak dan Selangor terlibat dalam sesi soal selidik yang telah dijalankan bagi mendapatkan data dan maklumat. Dapatan kajian yang utama adalah majoriti responden bersetuju bahawa setiap penyokong perlu mempunyai kawalan sosial secara internal dengan memfokuskan kepada pemilikan semangat kesukanan yang tinggi yang seterusnya mampu membuatkan penyokong mengawal emosi, bersikap profesional, perlu lebih berdisplin semasa berada di dalam stadium. Penglibatan dan usaha sama antara pihak pengurusan dan para penyokong perlu turut dipergiatkan agar para penyokong dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada pasukan bola sepak yang mereka sokongi.

Item Type:Article
Keywords:Kawalan sosial internal; Penyokong bola sepak; Salah laku; Salah laku verbal; Salah laku fizikal; Semangat kesukanan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20835
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 06:56
Last Modified:21 Dec 2022 06:15

Repository Staff Only: item control page