Fenomena sosiobudaya Orang Asli Kanaq dalam penguasaan bahasa Melayu : satu tinjauan awal

Shahidi A.H., and Nor Azwahanum Nor Shaid, and Mohd Sharifudin Yusop, and Marlyna Maros, and Rahim Aman, (2018) Fenomena sosiobudaya Orang Asli Kanaq dalam penguasaan bahasa Melayu : satu tinjauan awal. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 145-156. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
434kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142

Abstract

Kajian ini merupakan tinjauan awal untuk melihat pengaruh sosiobudaya masyarakat Orang Asli Kanaq terhadap penerimaan mereka kepada unsur luar selain daripada budaya mereka. Unsur luar yang difokuskan dalam kajian ini adalah penguasaan bahasa kedua, iaitu Bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Melalui kaedah lapangan, pengkaji menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian tidak turut serta. Seramai lima orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada tiga orang remaja Orang Asli suku kaum Kanaq dan dua orang pakar. Lokasi kajian ini ialah Kampung Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor. Hasil dapatan kajian mendapati remaja Orang Asli Kanaq sememangnya mempunyai sosiobudaya yang kuat yang membuatkan mereka kurang mengendahkan unsur luar yang boleh membantu mengubah kehidupan mereka. Hal ini menjelaskan keperluan sosiobudaya Orang Asli sangat penting diangkat sama dalam usaha untuk membantu mereka menguasai Bahasa Melayu. Melalui perbincangan isu ini, makalah ini mencadangkan perspektif sosiobudaya masyarakat Orang Asli dititikberatkan dalam mencari formula terbaik untuk membantu komuniti ini menguasai Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Bahasa kedua; Orang asli; Kanaq; Penguasaan Bahasa Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20837
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 07:09
Last Modified:21 Dec 2022 06:16

Repository Staff Only: item control page