Hubungan rakan sebaya agresif dalam kalangan mat motor di Pulau Pinang, Malaysia

Zalmizy Hussin, (2018) Hubungan rakan sebaya agresif dalam kalangan mat motor di Pulau Pinang, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15 (5). pp. 157-167. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
460kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142

Abstract

Artikel ini meneliti isu hubungan rakan sebaya agresif dalam kalangan Mat Motor di Pulau Pinang. Dalam kajian ini, Mat Motor merujuk “individu yang menyertai konvoi bersama kumpulan geng jalanan lain dan biasanya menjadi penonton sahaja”. Kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan rakan sebaya yang bertingkah laku agresif yang diinterpretasikan oleh informan. Kajian ini juga telah menggunakan satu strategi penyelidikan abduktif melalui pendekatan interpretivist dan metod fenomenologi. Sampel dipilih melalui kaedah pesampelan bertujuan. Jumlah peserta kajian adalah seramai 20 orang. Data dikutip dengan teknik pemerhatian ikut-serta dan teknik temu bual secara mendalam. Nota-nota temu bual dan lapangan dianalisa dengan menggunakan perisian Nvivo untuk membangunkan kategori-kategori, menggambarkan pola-pola dan mewujudkan tipologi-tipologi. Hasil kajian telah menunjukkan hubungan rakan sebaya agresif telah diinterpretasikan melalui penyertaan mereka dalam aktiviti konvoi bersama geng jalanan pada waktu malam. Pada kebiasaannya, aktiviti mereka bermula di sebelah malam berbanding pada waktu siang. Mereka menunggang secara berkumpulan yang besar hingga mengganggu ketenteraman di jalan awam tanpa menghiraukan peraturan lalu lintas. Hasil kajian juga menunjukkan interpretasi informan menyertai aktiviti konvoi bersama geng jalanan adalah mencari keseronokan, akses mudah keluar malam, sikap ibu bapa dan keadaan di rumah. Situasi tersebut tercetus hasil daripada ekspresi luaran seperti tidak dapat menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sistem sosial dan tindak balas tekanan dalaman yang dialami. Perbincangan kajian mengupas isu ini dari sudut perspektif konsep mob mentality. Oleh itu, isu ini perlu difahami secara mendalam. Hal ini mengelakkan berlakunya polemik masyarakat yang hanya merugikan negara kelak. Remaja yang tidak menyumbang kepada negara hakikatnya telah merugikan diri mereka sendiri dan juga negara secara keseluruhannya.

Item Type:Article
Keywords:Faktor risiko; Rakan sebaya agresif; Mat motor; Pulau Pinang
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20838
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2022 07:15
Last Modified:21 Dec 2022 06:17

Repository Staff Only: item control page