Penilaian penerapan sistem pengurusan latihan di sektor awam : satu kajian kes

Nor Asikhin Zaid, and Maryati Mohd Yusof, (2022) Penilaian penerapan sistem pengurusan latihan di sektor awam : satu kajian kes. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 11 (2). pp. 18-39. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
420kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-issues

Abstract

Sistem maklumat dinilai bagi melihat tahap kejayaannya dalam memenuhi keperluan organisasi dan objektif yang disasar. Sistem maklumat bertujuan untuk meningkat kecekapan proses, namun, terdapat pelbagai masalah sistem yang menyebabkan ketidakpuashatian pengguna dan penerimaan sistem yang rendah. Masalah ini merangkumi sistem yang tidak menepati keperluan pengguna, tidak selaras dengan proses kerja, paparan antara muka yang kurang mesra pengguna, kemasukan data, kurang penglibatan pengguna dalam pembangunan sistem, dan latihan yang tidak mencukupi. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penerapan sistem maklumat dan aspek yang perlu ditambah baik bagi mengoptimum potensi sistem. Sistem Pengurusan Latihan di sebuah sektor awam di Malaysia dinilai dari perspektif pengguna dan sosio-teknikal berdasarkan kerangka manusia-organisasi-teknologi-sejajar (human-organisation-technology-fit) (HOT-fit). Penilaian kajian kes dilaksana menerusi kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Aspek pengukuran penilaian sistem yang berstruktur dan spesifik dalam kerangka HOT-fit memudahkan penilaian sistem. Faktor positif merangkumi fungsi yang mudah diguna, maklumat yang relevan, bantuan teknikal yang baik, sokongan pengurusan dan teknikal, komunikasi efektif dan hubungan yang baik. Sebaliknya, capaian sistem yang perlahan, paparan yang kurang menarik, sikap pengguna, bilangan staf teknikal yang terhad, kekangan tugas pengguna, dan perubahan pucuk pimpinan atau dasar memberi kesan yang negatif terhadap penerapan sistem. Faedah keseluruhan penerapan sistem pula memotivasi pengguna untuk mengguna sistem.

Item Type:Article
Keywords:Penilaian; Sistem maklumat; Penerapan; Kecekapan; Kualiti; Kejayaan; Kerangka
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:20844
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2022 00:17
Last Modified:21 Dec 2022 06:28

Repository Staff Only: item control page