Keberkesanan teknologi augmentasi realiti dalam topik pembelajaran pola

Haliza Idris, and Mariani Md Nor, and Mohd Nazri Abdul Rahman, (2022) Keberkesanan teknologi augmentasi realiti dalam topik pembelajaran pola. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 11 (2). pp. 59-70. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
746kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-issues

Abstract

Matematik Awal merupakan salah satu mata pelajaran yang kritikal dimana konsep pembelajaran perlu diperkenalkan kepada murid pada peringkat awal agar tidak wujud persepsi terhadap konsep mata pelajaran ini. Bermula pada tahun 1970-an, kaedah pengajaran secara tradisinya lebih bermakna kepada penghafalan konsep Matematik. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tentang topik pola dalam Matematik Awal dengan mengintegrasikan aplikasi Augmentasi Realiti. Kajian pembangunan modul ini dijalankan menggunakan model TUP (Technology, Usability, Pedagogy) daripada Model TUP Bednarik telah dilaksanakan untuk menilai teknologi, kebolehgunaan dan pedagogi untuk menilai keberkesanan modul yang dihasilkan. Kajian mendapati pelajar lebih berminat dan menunjukkan minat mereka terhadap kelas, ibu bapa turut terlibat di dalam pembelajaran anak serta guru mampu melaksanakan sesi pengajaran berdasarkan perbincangan dengan lebih baik apabila mereka diberi lebih peluang untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Selain pembelajaran aktif dalam bilik darjah, gabungan teknologi juga memainkan peranan penting dalam aliran kaedah pembelajaran semasa.

Item Type:Article
Keywords:Matematik awal; Pola; Reality terimbuh; Pembangunan; Pola mudah
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:20847
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2022 00:45
Last Modified:21 Dec 2022 08:27

Repository Staff Only: item control page