Pengujian kebolehgunaan model saringan kemurungan remaja melalui kaedah telusuran kognitif

Nurul Fasihah Jamaludin, and Tengku Siti Meriam Tengku Wook, and Siti Fadzilah Mat Noor, (2022) Pengujian kebolehgunaan model saringan kemurungan remaja melalui kaedah telusuran kognitif. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 11 (2). pp. 71-88. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-issues

Abstract

Kajian ini memfokuskan pada pengujian kebolehgunaan model saringan kemurungan yang telah dibangunkan. Model ini dibentuk bagi menyelesaikan masalah motivasi remaja dalam menjalani saringan tahap kemurungan berasaskan gamifikasi. Kemurungan menyebabkan remaja mengalami perubahan emosi seperti rasa putus asa, kehilangan minat untuk terlibat dalam sebarang aktiviti, tiada keyakinan diri serta rasa dirinya tidak berharga yang akhirnya menyebabkan mereka tidak bermotivasi untuk menjalani saringan kemurungan secara bersemuka di institusi perubatan. Model yang dibina menerapkan elemen gamifikasi yang terdiri daripada mekanik dan komponen permainan, elemen motivasi ekstrinsik dan intrinsik, dan jenis pengguna. Prototaip dibangunkan sebagai medium kesahan terhadap model berkenaan. Penilaian ke atas prototaip dilaksana melalui kaedah telusuran kognitif untuk tujuan pemeriksaan aspek kebolehgunaan dengan melibatkan lima orang responden yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling remaja dan Interaksi Manusia-Komputer (HCI). Hasil analisis mendapati tahap kebolehgunaan model ini adalah pada tahap tinggi, iaitu kesemua responden telah memberikan maklum balas positif ke atas set-set tindakan yang disediakan. Melalui dapatan ini, model yang dibentuk telah disahkan melalui pengujian pemeriksaan dan boleh diterima pakai sebagai panduan kepada pembangunan sistem saringan kemurungan yang sebenar. Model ini juga telah melalui penambah baikan dengan perincian yang lebih jelas pada setiap elemen reka bentuk gamifikasi yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Penilaian kebolehgunaan; Telusuran kognitif; Saringan kemurungan; Model gamifikasi; Kemurungan remaja
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:20849
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2022 00:56
Last Modified:21 Dec 2022 08:28

Repository Staff Only: item control page