Nahdya Khairani, and Lau, Han Yih and Zamri Ishak, and Lee, Yook Heng and Tan, Ling Ling (2022) Biosensor DNA voltametri berasaskan nanozarah emas bersalut elektrod bercetak skrin karbon untuk pengesanan DNA organisma terubah suai genetik (GMO). Sains Malaysiana, 51 (10). pp. 3285-3294. ISSN 0126-6039
|
PDF
588kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil10...
Abstract
Genosensor voltametri untuk pengesanan DNA organisma terubah suai genetik (GMO) telah dibangunkan berasaskan nanozarah emas (AuNPs) dan elektrod pes karbon bercetak skrin (SPE). AuNPs telah dipegunkan pada SPE melalui kaedah pertumbuhan perantara benih dan dicirikan dengan mikroskop elektron pengimbasan (SEM). 6-Mercapto-1- heksanol (MCH) telah digunakan untuk membentuk lapisan mono prob DNA rantai tunggal (ssDNA) pada SPE terubah suai AuNPs (AuNPs-SPE). Biosensor GMO telah dioptimumkan secara elektrokimia menggunakan oligonukleotida sintetik melalui teknik voltametri denyutan pembezaan (DPV). Biosensor GMO yang dioptimumkan kemudiannya digunakan untuk menganalisis sampel sebenar bagi pengesanan khusus urutan DNA dalam virus mozek kubis bunga, iaitu gen CaMV 35S. Isyarat penghibridan DNA dipantau berdasarkan arus puncak pengoksidaan penunjuk redoks asid monosulfonat antrakuinona (AQMS) semasa interkalasinya ke dalam dupleks DNA. Biosensor GMO memberi rangsangan secara linear kepada DNA terubah suai genetik (GM) antara 0.1 nM dan 300.0 nM dan had pengesanan diperoleh pada 0.06 nM. Sisihan piawai relatif (RSD) kebolehulangan biosensor GMO dianggarkan pada 6.7-7.8%. Biosensor GMO berasaskan AuNPs mempamerkan prestasi pengesanan DNA yang lebih baik daripada segi julat linear dinamik dan had pengesanan berbanding dengan biosensor GMO elektrokimia yang dilaporkan sebelum ini. Biosensor DNA elektrokimia ini menyediakan satu platform pengesanan pakai buang untuk aplikasi dalam ujian bahan GMO.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Biosensor DNA; Elektrod pes karbon bercetak skrin; Nanozarah emas; Organisma terubah suai genetik; Voltametri denyutan pembezaan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 20872 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Dec 2022 01:50 |
Last Modified: | 28 Dec 2022 05:19 |
Repository Staff Only: item control page