Amatul Hamizah Ali, and Wan Rozianoor Mohd Hassan, and Dhiana Efani Dahari, and Noor Embi, and Hasidah Mohd Sidek, and Rusliza Basir, and Hani Kartini Agustar, and Jalifah Latip, (2022) Pencirian jangkitan Plasmodium berghei NK65 pada mencit ICR sebagai model jangkitan malaria teruk. Sains Malaysiana, 51 (10). pp. 3481-3493. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil10...
Abstract
Malaria teruk atau ‘severe’ kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan Plasmodium falciparum. Jangkitan Plasmodium falciparum pada manusia boleh menyebabkan kerosakan organ, anemia teruk, komplikasi serius, koma dan kematian. Bagi tujuan memahami patogenesis malaria teruk, model haiwan digunakan dalam kajian kali ini bagi mengenal pasti sama ada gabungan hos-parasit daripada mencit ICR dengan Plasmodium berghei NK65 boleh menyebabkan jangkitan malaria teruk pada hos. Pencirian jangkitan P. berghei ANKA pernah dilakukan sebelum ini terhadap mencit ICR; walau bagaimanapun, pencirian jangkitan P. berghei NK65 secara terperinci terhadap mencit ICR dalam kajian ini adalah pertama kali dilaporkan. Inokulasi sel darah merah (RBC) terjangkit-P. berghei NK65 (2 × 107 parasit RBC (pRBC)/ mL) dilakukan terhadap mencit ICR dengan suntikan secara intraperitoneum. Pemantauan perubahan ciri fizikal seperti berat, suhu mencit, kematian mencit, pos mortem, histologi dan aras sitokin inflamasi yang terhasil selepas jangkitan direkod untuk analisis. Strain P. berghei NK65 menghasilkan jangkitan tahap teruk terhadap mencit ICR iaitu paras parasitemia melebihi 50% pada hari ke-10 selepas jangkitan diikuti kematian. Analisis histopatologi menunjukkan jangkitan ini menyebabkan perubahan pada tisu serebrum, perlekatan leukosit pada endotelium dan pensekuesteran pRBC dalam salur darah serebrum serta pendarahan intravaskular. Selepas jangkitan, pensekuesteran pRBC dan pengumpulan pigmen malaria turut dilihat pada organ utama mencit. Tambahan lagi, edema pulmonari, pembentukan membran hialin pada peparu dan pendarahan kortikal pada ginjal dilihat pada mencit terjangkit. Sitokin proinflamasi (TNF-α, IFN-γ, dan IL-18) dan sitokin antiinflamasi (IL-10 dan IL-4) juga meningkat dalam serum mencit terjangkit. Secara rumusannya, model jangkitan mencit ICR-P. berghei NK65 yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan ciri-ciri jangkitan malaria teruk. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk memahami patogenesis bagi malaria teruk pada manusia dan model jangkitan malaria haiwan pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Histopatologi; Malaria; Mencit ICR; Model jangkitan haiwan; Plasmodium berghei NK65; Sitokin inflamasi |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 20887 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Dec 2022 07:29 |
Last Modified: | 28 Dec 2022 05:08 |
Repository Staff Only: item control page