Penilaian kualiti air bawah tanah di Kelantan dan Pahang, Malaysia

Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor, and Sukiman Sarmani, and Ainon Hamzah, and Muhamad Samudi Yasir, and Shahidan Radiman, and Mohd Hariri Arifin, and Khoo, Kok Siong and Faizal Mohamed, and Irman Abdul Rahman, (2022) Penilaian kualiti air bawah tanah di Kelantan dan Pahang, Malaysia. Sains Malaysiana, 51 (10). pp. 3495-3507. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil10...

Abstract

Air bawah tanah yang menjadi sumber kegunaan domestik kepada pengguna memerlukan penilaian air bawah tanah bagi mengelakkan berlakunya isu kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk menilai kualiti air telaga tiub dalam aspek kandungan logam berat, bahan radioaktif semula jadi (NORM) dan bakteria patogen di Kelantan dan Pahang, Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan kandungan Fe (90-42100 µg/L) dan Mn (3-478 µg/L) yang diperoleh adalah tinggi dan boleh menjejaskan kualiti air secara keseluruhan. Kandungan NORM yang terkandung dalam air telaga adalah 0.02-0.08 Bq/L bagi jumlah pengaktifan Alpha dan 0.02-0.15 Bq/L bagi jumlah pengaktifan beta, yang berada di bawah paras selamat yang telah ditetapkan oleh WHO. Kandungan NORM dalam sampel tanah adalah dalam julat 401-1348 Bq/kg untuk 40K, 19-175 Bq/kg untuk 232Th dan 28-318 Bq/kg untuk 238U yang boleh diterima di Malaysia. Anggaran dos sinaran tahunan adalah antara 52 µSv/tahun hingga 379 µSv/tahun dan berada dalam julat selamat untuk orang ramai. Kesemua sampel air dari Kelantan dan dua sampel air dari Pahang mengandungi bakteria enteropatogen terutamanya Escherichia coli dan Salmonella sp. yang melebihi piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Boleh disimpulkan bahawa kualiti air bawah tanah selamat untuk digunakan semasa kecemasan, tetapi ia perlu dirawat sebelum diminum.

Item Type:Article
Keywords:Bahan radioaktif semula jadi (NORM); Kualiti air bawah tanah; Logam berat; Patogen enterik; Telaga tiub
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20888
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2022 07:40
Last Modified:28 Dec 2022 06:11

Repository Staff Only: item control page