Cabaran ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak autisme semasa pandemik COVID-19

Siti Maryam Abdull Rahman, and Aizan Sofia Amin, (2022) Cabaran ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak autisme semasa pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-7. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
182kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020 telah memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan negara khususnya bagi kanak-kanak Autisme. Pembelajaran dalam talian telah diperkenalkan bagi menggantikan pembelajaran secara fizikal akibat penutupan sekolah di seluruh negara. Keadaan ini telah memberi cabaran yang signifikan kepada ibu bapa anak Autisme untuk menyokong pendidikan anak mereka semasa tempoh pandemik COVID-19. Anak autisme secara umumnya mempunyai rutin yang tertentu dan tidak boleh melakukan perubahan secara mendadak. Oleh itu, pendidikan secara dalam talian menjadikan rutin anak autisme terganggu dan boleh menyebabkan emosi dan tingkah laku mereka menjadi sukar untuk dikawal sehingga memberitekanan kepada ibu bapa. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka cabaran ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak autisme semasa pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Dapatan analisis kajian kepustakaan tentang cabaran yangdihadapi oleh ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman ibu bapa anak autisme adalah dari segi kemampuan ekonomi sesebuah keluarga, cabaran tahap pendidikan ibu bapa, cabaran dari sikap anak autisme, cabaran dari segi komitmen ibu bapa dan cabaran emosi ibu bapa. Cabaran luaran pula adalah dari segi cabaran komunikasi dua hala ibu bapa dan guru, cabaran capaian internet yang tidak memuaskan dan cabaran dari segi alatan pembelajaran. Kesimpulannya, dapatan kajian menujukkan bahawa ibu bapa anak autisme mempunyai cabaran yang signifikandalam menyokong pendidikan anak autisme semasa pandemik COVID-19 dan memerlukansokongan dari pelbagai pihak untuk mengatasi semua cabaran yang mereka alami dengan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Autisme; Cabaran; Ibu bapa; Pendidikan; COVID-19
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20889
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Dec 2022 04:32
Last Modified:29 Dec 2022 08:47

Repository Staff Only: item control page