Dari Perak ke Putrajaya : pengaruh institusi beraja dalam politik Malaysia kontemporari

Nurdeana Fatihah Abdul Najib, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2022) Dari Perak ke Putrajaya : pengaruh institusi beraja dalam politik Malaysia kontemporari. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
211kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Sebelum kehadiran kolonial, Malaysia menggunakan sistem monarki mutlak. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengehadkan kuasa institusi pemerintahan beraja itu dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Ia bermaksud bahawa Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kebebasan memerintah secara berkuasa mutlak dalam sistem pentadbiran negara. Namun, masih lagi terdapat campur tangan institusi beraja yang melangkaui peruntukan dalam perlembagaan politik kontemporari di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatatif untuk mengumpul data. Data yang berasaskan perpustakaan telah dianalisa untuk mendapatkan hasil bagi kajian ini. Hasil dapatan penyelidikan ini berharap dapat menerangkan kepada masyarakat terhadap peranan institusi beraja di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Item Type:Article
Keywords:Institusi beraja; Demokrasi berparlimen; Raja berperlembagaan; Perlembagaan Persekutuan; Politik Malaysia; Raja-Raja Melayu
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20891
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Dec 2022 04:46
Last Modified:29 Dec 2022 08:42

Repository Staff Only: item control page