Hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah semasa era pentadbiran Musa Aman dan kesannya terhadap hasil royalti

Siti Fahlizah Padlee, and Mohd Rizal Mohd Yaakop, (2022) Hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah semasa era pentadbiran Musa Aman dan kesannya terhadap hasil royalti. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
224kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Isu hasil royalti minyak bagi negeri Sabah merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh parti pembangkang semasa pemerintahan Musa Aman yang memperjuangkan 20 peratus pemulangan hasil royalti minyak terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Isu ini juga dilihat sebagai satu mekanisme untuk mengukurperkembangan pembangunan negeri Sabah yang turut dikaitkan dengan kadar kemiskinan yang tinggi bagi negeri tersebut. Sedangkan sektor perlombongan iaitu industri petroleum merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi di negeri berkenaan. Perjanjian yang termeterai di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 pada 14 Jun 1976 menyaksikan penetapan lima peratus hasil keuntungan minyak oleh syarikat PETRONAS melalui Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi aktiviti pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Sabah. Begitupun, pembahagian kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri terhadap hasil royalti minyak tidak terdapat dalam Perlembagaan. Hanya dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 menjelaskan pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Sabah semasa era pentadbiran Musa Aman dalam menyelesaikan isu royalti minyak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang merangkumi data primer iaitu pengumpulan dokumen-dokumen rasmi kerajaan iaitu dari penyata rasmi Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sabah dan Dewan Undangan Negeri Sabah (2003-2018). Dapatan kajian menunjukkan hubungan baik di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak mempengaruhi pembayaran hasil royalti minyak di negeri Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan pusat; Kerajaan negeri; Royalti; Minyak; Sabah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20892
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Dec 2022 04:54
Last Modified:29 Dec 2022 08:46

Repository Staff Only: item control page