Quah, Sui Ling and Mohd Nasir Selamat, (2022) Keperluan psikologi sebagai pengantara dalam perhubungan antara tingkah laku prososial dan kesejahteraan hidup semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan mahasisiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
278kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Semasa pandemik COVID-19, tahap kesejahteraan hidup masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia menunjukkan penurunan yang ketara. Situasi ini memberi peluang kepada kumpulan mahasiswa universiti untuk terlibat dengan tingkah laku prososial seperti membantu, menderma, menjadi sukarelawan dan seumpamanya. Kajian-kajian lepas di Malaysia telah mengkaji hubungan antara keperluan psikologi dan kesejahteraan hidup, namun masih kurang kajian yang mengkaji pengaruh kepuasan keperluan psikologi sebagai pengantara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan keperluan psikologi sebagai pengantara terhadap hubungan antara tingkah laku prososial dan kesejahteraan hidup dalamkalangan mahasiswa semasa pandemik COVID-19. Kajian melibatkan 59 orang peserta dengan menggunakan pendekatan eksperimen dalam-subjek. Peserta diminta untuk bermain permainan dalam talian yang dimaklumkan mempunyai kesan prososial melalui permainan tersebut. Peserta perlu mengisi praujian dan pascaujian dengan menggunakan pendekatan sebelum dan selepas eksperimen. Data yang dikumpulkan akan dibandingkan serta dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara tingkah laku prososial dan kesejahteraan hidup. Hubungan ini juga dipengaruhi oleh keperluan psikologi (kecekapan, perhubungan) sebagai pengantara. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengamalan tingkah laku prososial serta kepuasan keperluan psikologi sebagai langkah meningkatkan tahap kesejahteraan hidup dalam kalangan mahasiswa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesejahteraan hidup; Keperluan psikologi; Tingkah laku prososial; Pandemik COVID -19 |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20897 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Dec 2022 07:07 |
Last Modified: | 29 Dec 2022 08:44 |
Repository Staff Only: item control page