Nur Azlin Harun, and Noremy Md Akhir, (2022) Pengalaman pelajar jurusan teknikal menjalani pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
221kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pengalaman pelajar tahun akhir jurusan teknikal di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang perlu menjalani pembelajaran secara dalam talian hampir sepenuhnya. Sepanjang penyebaran wabak COVID-19 melanda di negara kita, rakyat terpaksa menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu. Keseluruhan pelajar jurusan teknikal tersebut terpaksa melalui pembelajaran secara dalam talian termasuk penggunaan makmal` yang memerlukan pembelajaran dijalankan secara fizikal. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk fenomenologi dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tematik analisis. Kajian ini telah melibatkan lapan mahasiswa tahun akhir jurusan teknikal Fakulti Sains dan Teknologi (FST) di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Bangi. Kajian ini juga turut dijalankan secara temubual dalam talian dengan menggunakan aplikasi Whatsapp. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar jurusan teknikal tahun akhir dan telah menghasilkan sebanyak lapan tema utama iaitu tempat belajar yang tidak kondusif, tekanan dalam menghadapi projek tahun akhir, penggunaan makmal yang terhad, masalah keperluan utama laptop dan internet yang terbatas, sukar mengadaptasi penggunaan peralatan makmal, sukar mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah, kurang kesediaan mental dan fizikal dalam menghadapi norma baharu serta kurang motivasi dan sokong sosial. Kajian ini memberi intervensi dalam membangunkan sistem sokongan dalam pembentukan peribadi pelajar menyesuaikan diri terhadap norma baharu. Oleh itu, kajian ini terhasil diharapkan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak berkepentingan dalam memperkasakan pengurusan pembelajaran dalam talian yang yang lebih jelas dan teratur.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengalaman; Pembelajaran dalam talian; Pandemik COVID-19; Jurusan; Sokongan sosial |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20898 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Dec 2022 07:11 |
Last Modified: | 29 Dec 2022 08:34 |
Repository Staff Only: item control page