Sekuritisasi dan pengurusan keselamatan COVID-19 di Malaysia

Megat Izzul Hafiz Megat Badrul Sham, and Sity Daud, (2022) Sekuritisasi dan pengurusan keselamatan COVID-19 di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-25. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Implikasi baik dari sudut kesihatan mahupun ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan hampir setiap negara menjadikan usaha pengawalan virus sebagai agenda utama keselamatan negara. Dapat diperhatikan langkah-langkah pengawalan virus merangkumi undang-undang drakonian yang menyekat hak-hak asasi manusia. Di Malaysia, Dasar Keselamatan Negara telah dikemaskini dengan turut mengambilkira ancaman Covid-19 dan strategi untuk menanganinya. Perubahan ini membenarkan kerajaan untuk menguruskan ancaman Covid-19 bukan lagi menggunakan kerangka penjagaan kesihatan umum sebaliknya menggunakan tindakan luar biasa. Justeru, bagaimana Malaysia menjadikan isu kesihatan Covid-19 sebagai masalah utama keselamatan negara? Bagi menganalisis permasalahan tersebut, teori sekuritisasi aliran pemikiran Copenhagen dan konsep keselamatan insan telah digunapakai dalam artikel ini. Objektif pertama adalah untuk menganalisis proses peralihan pengurusan Covid-19 di Malaysia daripada perbincangan dalam domain politik ‘biasa’ kepada domain keselamatan menerusi lakuan ucapan oleh aktor sekuritisasi. Objektif kedua pula adalah menganalisis penggunaan tindakan-tindakan luar biasa yang menjadi dibenarkan menerusi pensekuritisasian mutakhir seterusnya menganalisis kesan dan keberkesanan tindakan luar biasa yang diambil bagi menguruskan krisis kesihatan Covid-19. Artikel ini menghujahkan bahawa sungguhpun sekuritisasi Covid-19 di Malaysia tidak berjaya mengawal Covid-19 sepenuhnya dengan jumlah morbiditi dan kematian yang banyak serta pelbagai kesannya yang perlu ditanggung oleh masyarakat dan negara, peralihan Covid-19 dari pandemik menjadi endemik biarpun berlaku agak lambat telah memanifestasikan kewajaran tindakan luar biasa diambil bagi mengelakkan sistem kesihatan dan ekonomi negara daripada lumpuh sepenuhnya.

Item Type:Article
Keywords:Sekuritisasi; Covid-19; Pengurusan keselamatan; Ancaman bukan tradisional; Keselamatan insan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20901
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Dec 2022 07:33
Last Modified:29 Dec 2022 08:29

Repository Staff Only: item control page