Mahasiswa UKM dan E-sukan : impak negatif dan positif terhadap tingkah laku mahasiswa

Nabiha Mohd Nabil, and Nur Hafizah Yusoff, (2022) Mahasiswa UKM dan E-sukan : impak negatif dan positif terhadap tingkah laku mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (5). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Artikel ini akan memfokuskan kepada mahasiswa UKM dan E-sukan iaitu impak negatif dan positif terhadap tingkah laku mahasiswa. Pendekatan kuantitatif telah digunakan bagi memperoleh data dan maklumat kajian. Kaedah menggunakan borang soal selidik melalui platform Google Form dan menganalisis data menggunakan pengisian SPSS merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian. Seramai 40 orang responden yang telah memberikan responden terhadap borang soalselidik tersebut kerana mereka terdiri daripada mahasiswa UKM dan juga terlibat dengan E-sukan. Hasil kajian mendapati terdapat faktor yang mendorong mahasiswa UKM melibatkan diri dalam E-sukan antaranya ialah ingin mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan hubungan sosial, mendapatkan pengalaman baru dan juga minat yang mendalam dan memperoleh kenalan baru. Dapatan utama menunjukkan bahawa mendapatkan pengalaman baru, mengeratkan silaturahim dan menjalinkan hubungan sosial adalah salah satu faktor utama mereka melibatkan diri dalam bidang E-sukan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa impak yang terbahagi kepadadua iaitu impak positif dan negatif terhadap tingkah laku manusia apabila mereka melibatkan diridalam E-sukan. Antara dapatan utama impak positif mahasiswa UKM melibatkan diri dalam E- sukan ialah mereka memiliki kemahiran membuat keputusan dan dapatan utama bagi impak negatif ialah mempunyai tidak mempunyai masa tidur yang stabil, tidak dapat menguruskan masadengan betul dan stress dan tertekan kerana tidak mencapai matlamat mereka melibatkan diri dalam bidang E-sukan. Kesimpulannya, banyak faktor yang mendorong mahasiswa UKM melibatkan diri dalam E-sukan. Walaubagaimanapun, dapatan utama kajian ini adalah impak positif dan negatif terhadap tingkah laku mereka apabila mereka melibatkan diri dengan E-sukan.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku sosial; Hubungan sosial; Mahasiswa; E-sukan; Tingkahlaku
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20902
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Dec 2022 07:36
Last Modified:29 Dec 2022 08:30

Repository Staff Only: item control page