Strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan guru Pendidikan Islam

Azmil Hashim, and Nazirul Izzati Ani, and Mohd Marzuqi Abdul Rahim, (2018) Strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan guru Pendidikan Islam. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 10 (2). pp. 1-9. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
267kB

Official URL: http://jiae.pimm.my/2018/12/13/volume-10-issue-2-2...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan guru pendidikan Islam. Rekabentuk kajian adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpul data yang melibatkan 254 orang pelajar tingkatan empat dan 34 orang guru Pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Negeri Sabah. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Dapatan kajian mencatatkan tahap interpretasi amalan pengajaran tafsir dari aspek persediaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah, institusi-institusi pendidikan yang lain dalam menyusun dan merangka program yang bersesuaian dengan keperluan guru al-Quran serta dapat membantu guru dalam merancang pengajaran tafsir al-Quran yang lebih berkesan bagi meningkatkan penghayatan al-Quran dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Pengajaran; Tafsir al-Quran; Akhlak
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:20904
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Dec 2022 06:53
Last Modified:30 Dec 2022 03:08

Repository Staff Only: item control page